Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Sir Wood tawan dunia perkayuan, impi miliki bengkel lengkap
  • INSPIRASI

Sir Wood tawan dunia perkayuan, impi miliki bengkel lengkap

Utusan Sarawak 1 day ago
IAN Shatner dikenali sebagai Sir Wood.

KUCHING: Dalam dunia pertukangan kayu tempatan, nama Sir Wood mungkin tidak asing lagi — sebuah julukan yang membawa semangat, ketekunan dan kreativiti seorang individu bernama Ian Shatner.

Berbekalkan minat mendalam terhadap kayu dan pertukangannya, Ian mula berjinak-jinak dengan dunia ini pada 2016.

Ketika itu, ia sekadar hobi kecil bagi mengisi masa lapang. Namun, siapa sangka, hobi tersebut kini berkembang menjadi sumber pendapatan sampingan yang bukan sahaja memberi kepuasan diri, malah turut mengubah

“Mula-mula saya hanya menggunakan dengan kayu pallet kerana mudah diperoleh,” cerita Ian. “Tetapi lama-kelamaan saya beralih kepada kayu solid yang lebih tahan lama dan berkualiti.”

Kini, beliau bertugas sebagai Eksekutif Kanan di Sarawak Skills, sebuah institusi latihan kemahiran, sambil meneruskan minatnya dalam bidang pertukangan kayu secara sambilan.

Bagi Ian, pertukangan bukan sekadar kerja tangan, ia adalah seni, disiplin, dan bentuk ekspresi diri yang penuh makna.

DARI HOBI KE PERNIAGAAN

Permintaan terhadap hasil kerja Ian semakin meningkat saban tahun.

ANTARA hasil tangan kreatif Ian Shatner. 

Walaupun kadang-kala tempahan agak perlahan, beliau tetap konsisten menghasilkan karya daripada rak buku, meja kopi hingga ke perabot khas buatan tangan setiap satunya membawa sentuhan peribadi dan penuh ketelitian.

“Saya aktif memuat naik perkembangan kerja di media sosial setiap hari,” katanya. “Tujuannya adalah untuk mendidik masyarakat mengenai dunia kayu dan proses di sebaliknya.”

Melalui perkongsian itulah, ramai mula mengenali Sir Wood bukan hanya sebagai tukang kayu, tetapi juga sebagai pendidik tidak rasmi kepada golongan muda dan peminat dunia pertukangan.

BENGKEL IMPIAN

Pada masa ini, kerja-kerja pertukangan dijalankan di rumahnya, khususnya pada hujung minggu. Jika menerima tempahan dalam skala besar, Ian akan mengupah rakan-rakan berpengalaman secara harian.

Mereka yang masih baharu pula diberi peluang menjalankan tugas-tugas asas, sebagai latihan awal dalam bidang ini.

Namun, Ian tidak berhasrat untuk berhenti di sini sahaja. Beliau menyimpan satu impian besar memiliki sebuah bengkel lengkap yang dapat menyokong perkembangan bisnesnya dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

“Saya berharap dapat memiliki bengkel lengkap yang mempunyai ruang kerja, tempat simpanan kayu dan perabot sementara, pejabat kecil, bilik rehat serta sekurang-kurangnya sebuah lori tiga tan untuk tujuan penghantaran,” jelasnya.

“Saya juga mahu membekalkan produk ke kedai-kedai perabot dan menggaji pekerja tetap.”

ASPIRASI YANG MENGINSPIRASIKAN

Dalam era yang mana kerjaya berasaskan kemahiran sering dipandang sebelah mata, kisah Ian Shatner memberikan naratif berbeza.

Dengan semangat, dedikasi dan minat yang mendalam, beliau membuktikan bahawa bidang pertukangan bukan sekadar pekerjaan fizikal, tetapi satu bentuk kerjaya berprestij yang mampu menjana pendapatan dan kepuasan batin.

Langkah Ian bukan sahaja membuka jalan untuk dirinya, malah memberi inspirasi kepada generasi muda agar berani menceburi bidang kemahiran dengan serius.

Oleh Norman B

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Perjuangan ‘senyap’ Tan Lee Bee lebih empat dekad
Next: Zin kendali 1,500 lembu, kambing sejak 45 tahun jadi tukang sembelih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.