Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SIPR 2026 catat sejarah, penyertaan 251 bot laju catat MBOR
  • SEMASA

SIPR 2026 catat sejarah, penyertaan 251 bot laju catat MBOR

Utusan Sarawak 8 hours ago
FADILLAH….Menyaksikan acara lumba bot laju pada SIPR 2026 di Tebingan Pulau Li Hua, petang tadi.

SIBU: Sibu International Powerboat Race (SIPR) 2026 mencipta sejarah apabila mencatatkan penyertaan sebanyak 251 bot laju yang melayakkannya diiktiraf dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai penyertaan bot laju terbanyak dalam satu acara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, pencapaian itu amat membanggakan dan wajar dijadikan pemangkin untuk terus memperkasakan penganjuran acara berkenaan pada masa hadapan.

KEHEBATAN…. Para peserta menunjukkan kehebatan masing-masing dalam pertarungan sengit SIPR 2026 di Tebingan Pulau Li Hua.

“Syabas dan tahniah kepada semua. Penyertaan kali ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi cabaran baru kepada jawatankuasa penganjur untuk meningkatkan prestasi penganjuran pada tahun depan,” katanya ketika merasmikan majlis penangguhan SIPR 2026 di tebingan Pulau Li Hua, petang tadi.

Fadillah turut menyatakan komitmen untuk terus menyokong penganjuran acara itu memandangkan potensinya dalam merancakkan pembangunan sukan air serta pelancongan di Sibu.

TAHNIAH….Pegawai MBOR Megat Faris Hussien menyerahkan sijil pengiktirafan MBOR kepada Abang Mohamad Porkan pada majlis penangguhan SIPR 2026 di tebingan Pulau Li Hua, petang tadi. Turut disaksikan oleh Fadillah.

Menurutnya, usaha menghidupkan kembali Sungai Rajang sebagai lokasi utama aktiviti sukan air perlu diteruskan, memandangkan ia pernah menjadi antara tarikan utama di bandar itu suatu ketika dahulu.

“Perlumbaan bot laju adalah antara aktiviti utama di Sibu selain regatta, dan ini perlu dijadikan acara tahunan yang mendapat sokongan berterusan,” katanya.

Beliau juga mencadangkan penambahbaikan kemudahan di kawasan tebingan Pulau Li Hua melalui kerjasama antara kerajaan dan pihak pemaju, termasuk pembinaan pontun serta pentas bagi memudahkan penganjuran acara pada masa depan.

TAHNIAH….Pegawai MBOR Megat Faris Hussien menyerahkan sijil pengiktirafan MBOR kepada Abang Mohamad Porkan pada majlis penangguhan SIPR 2026 di tebingan Pulau Li Hua, petang tadi. Turut disaksikan oleh Fadillah.

Beliau berkata, usaha berterusan itu penting bagi meletakkan Sibu kembali di peta sukan bot laju bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat rantau Asia.

Turut hadir hadir, Menteri Perpaduan Negara, Dato Aaron Ago Dagang, Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Roland Duat Jubin, ADUN Ngemah, Anyi Jana dan Residen Bahagian Sibu yang juga Pengerusi Kumpulan Petugas Pelancongan Bahagian Sibu (DTTG Sibu), Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia, Indonesia, Singapura perlu pastikan Selat Melaka bebas daripada gangguan keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.