Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SIPMA 2025: Jonah pecah rekod kebangsaan lontar peluru
  • SUKAN

SIPMA 2025: Jonah pecah rekod kebangsaan lontar peluru

Utusan Sarawak 1 month ago
JONAH Chang Rigan. Foto: Facebook Sukan IPT

KUALA LUMPUR: Atlet lontar peluru lelaki negara Jonah Chang Rigan menyuntik motivasi diri menjelang penyertaan ke Sukan SEA 2025 Thailand, Disember ini, selepas berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya hari ini.

Menurut Facebook Olahraga Malaysia (MA), pada Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025 di Johor Bahru, atlet berusia 22 tahun mewakili Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) itu melakukan lontaran sejauh 18.66 meter (m) sekali gus memadam rekod 18.46m dilakukannya pada Kejohanan Super Siri Olahraga Terbuka Pahang tahun lepas.

Lontaran itu mengetepikan Earl Isaac Mitzler Fredolin yang mewakili Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di tempat kedua dengan lontaran sejauh 15.39m, sementara Nathanial Majid yang turut mewakili MASUM (15.14m) di tempat ketiga.

Jonah yang sudah mengesahkan tiket ke Thailand, sebelum ini dilapor menyasarkan membawa pulang pingat buat negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: SMK Katholik Sibu A juara Pickleball Antara Sekolah Sibu 2025
Next: England berhempas pulas tundukkan Andorra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.