Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Singapura turut sambut Hari Raya Sabtu ini
  • SEMASA

Singapura turut sambut Hari Raya Sabtu ini

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MASJID Sultan di Arab Street, Singapura. Foto fail AFP

SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Puasa pada Sabtu, 21 Mac ini selepas anak bulan Syawal tidak kelihatan pada petang Khamis.

Laporan agensi berita CNA memetik Mufti Singapura, Nazirudin Mohd Nasir sebagai berkata kedudukan hilal Syawal terlalu rendah di ufuk negara itu ketika matahari terbenam, sekali gus menjadikannya mustahil untuk dilihat.

Menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura Jumaat (20 Mac) menandakan genap 30 hari umat Islam di republik itu berpuasa pada Ramadan.

Beliau turut mengajak umat Islam memanfaatkan baki Ramadan dengan memperbanyakkan amalan baik dan doa selain menyambut ketibaan Syawal dengan penuh kesyukuran.

“Semoga ikatan silaturahim dan sifat kasih sayang sesama kita terus diperkukuh,” katanya sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di negara itu.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Indonesia tetapkan Aidilfitri jatuh pada Sabtu
Next: Umat Islam di Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja sambut Aidilfitri pada Sabtu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.