Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Singapura perketat penguatkuasaan perjudian haram Piala Dunia 2026
  • SUKAN

Singapura perketat penguatkuasaan perjudian haram Piala Dunia 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
SINGAPURA tingkat operasi banteras perjudian haram sempena Piala Dunia 2026.

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura mempergiat usaha penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan perjudian haram sepanjang musim Piala Dunia FIFA 2026 dari 11 Jun hingga 19 Julai, menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Dalam satu kenyataan, MHA memaklumkan Pasukan Polis Singapura (SPF) akan menjalankan operasi penguatkuasaan secara berkala terhadap pengendali perjudian haram, termasuk individu yang membantu sindiket perjudian.

“Bagi membanteras perjudian haram dalam talian, SPF mengeluarkan arahan di bawah Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian 2023 (OCHA 2023) yang mewajibkan penyedia perkhidmatan dalam talian mengehadkan akses kepada perkhidmatan dan iklan perjudian dalam talian haram, termasuk pertaruhan bola sepak haram.

“SPF juga bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menamatkan nombor telefon tempatan yang digunakan bagi mengiklankan perkhidmatan perjudian haram, selain menyekat akaun bank dan pembayaran kad kredit yang dikaitkan dengan perjudian haram dalam talian,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Semua aktiviti perjudian di Singapura adalah haram kecuali yang dibenarkan, dilesenkan atau dikecualikan di bawah Akta Kawalan Perjudian.

Menurut MHA, Majlis Kebangsaan Mengenai Masalah Perjudian (NCPG) akan memperhebat usaha pendidikan awam sepanjang musim Piala Dunia.

Secara berasingan, Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan turut akan melancarkan kempen pendidikan awam bagi meningkatkan kesedaran mengenai risiko dan hukuman berkaitan aktiviti pertaruhan haram.

“Kempen itu akan merangkumi iklan dan sepanduk dalam talian serta di lokasi fizikal, selain bahan kempen antipertaruhan haram yang akan diedarkan pada acara komuniti,” tambah kenyataan itu.

Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, melibatkan 48 pasukan, iaitu jumlah terbesar dalam sejarah kejohanan berprestij itu sejak pertama kali diadakan di Uruguay pada 1930. – Bernama

Continue Reading

Previous: Aksi persahabatan Chelsea-JDT diawalkan ke 9 Ogos
Next: 97 daripada 104 perlawanan Piala Dunia berdepan risiko suhu panas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.