Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Singapura mula berpuasa pada 19 Februari – Mufti
  • SEMASA

Singapura mula berpuasa pada 19 Februari – Mufti

Utusan Sarawak 6 hours ago
MUFTI Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, mengumumkan umat Islam di republik itu akan mula berpuasa pada 19 Februari.

SINGAPURA: Singapura akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari, kata Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Beliau berkata mengikut kiraan hisab, anak bulan Ramadan tidak berada di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang Selasa kerana bulan telah terbenam 4 minit lebih awal daripada matahari.

Nazirudin berkata Rabu melengkapkan bulan Syaaban selama 30 hari.

“Sehubungan itu, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Ramadan pada tahun 1447H jatuh pada lusa, Khamis, bersamaan 19 Februari 2026.

Mufti itu turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh masyarakat Islam di Singapura.

“Marilah kita merebut peluang ini untuk menjadi Muslim yang lebih cemerlang dengan ketekunan beribadah dan juga dengan kesyukuran, keihsanan, kesopanan dan kesantunan dalam urusan sesama kita,” tambahnya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Indonesia turut mulakan Ramadan Khamis ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.