Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura kekal unjuran pertumbuhan KDNK pada 0.0 hingga 2.0 peratus
  • GLOBAL

Singapura kekal unjuran pertumbuhan KDNK pada 0.0 hingga 2.0 peratus

Utusan Sarawak 5 hours ago
SINGAPURA telah mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonominya untuk 2025 antara 0.0 hingga 2.0 peratus dengan mengambil kira prestasi ekonomi negara itu pada suku pertama serta kedudukan ekonomi global dan domestik terkini.

SINGAPURA: Singapura telah mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonominya untuk 2025 antara 0.0 hingga 2.0 peratus dengan mengambil kira prestasi ekonomi negara itu pada suku pertama serta kedudukan ekonomi global dan domestik terkini.

Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) berkata memandangkan langkah-langkah yang diambil oleh ekonomi utama untuk mengurangkan ketegangan perdagangan global, prospek permintaan luar negara untuk sepanjang tahun ini telah meningkat sedikit berbanding April.

Bagaimanapun, pertumbuhan sektor berorientasikan luar di Singapura dijangka perlahan sepanjang tahun berlatarbelakangkan ketidaktentuan ekonomi global.

“Secara khususnya, langkah pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan memberi kesan buruk kepada sektor pembuatan memandangkan pendedahan eksportnya kepada pasaran AS serta pertumbuhan perlahan dalam pasaran global,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan mengenai keluaran Tinjauan Ekonomi Suku Pertama 2025 Singapura hari ini.

Pada April, MTI menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Singapura bagi 2025 kepada 0.0 kepada 2.0 peratus daripada 1.0 kepada 3.0 peratus, disebabkan kemerosotan ketara dalam prospek permintaan luar Singapura berikutan pengumuman tarif menyeluruh oleh AS dan kitaran tarif China seterusnya.

MTI berkata walaupun perkembangan positif dalam beberapa minggu kebelakangan ini, prospek ekonomi global kekal dipengaruhi oleh ketidaktentuan ketara dengan unjuran risiko penurunan.

“Pertama, ketidaktentuan ekonomi yang meningkat mungkin membawa kepada penurunan aktiviti ekonomi dijangka berlaku apabila perniagaan dan isi rumah mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ sebelum membuat keputusan perbelanjaan,” katanya.

Ia berkata, peningkatan semula dalam tindakan tarif termasuk tarif timbal balik, boleh membawa kepada perang perdagangan global yang akan meningkatkan rantaian bekalan global, kos dan seterusnya menyebabkan kelembapan ekonomi global.

Selain itu, gangguan kepada proses disinflasi global dan risiko kemelesetan dalam kedua-dua pasaran maju dan sedang pesat membangun boleh membawa kepada ketidakstabilan aliran modal, menjejaskan sistem perbankan dan kewangan.

Sementara itu, ekonomi Singapura berkembang sebanyak 3.9 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku pertama 2025, menyederhana daripada pertumbuhan 5.0 peratus pada suku sebelumnya, didorong sebahagian besarnya oleh sektor perdagangan borong, pembuatan dan kewangan serta insurans.

Khusunya pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan perdagangan borong sebahagiannya dijangka disokong oleh aktiviti dilakukan lebih awal menjelang kenaikan tarif AS.

Sebaliknya, sektor penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman menguncup, dengan sektor sebelumnya terjejas oleh prestasi lemah segmen hotel nilai tambah yang lebih tinggi.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bank Pusat Indonesia turunkan Kadar faedah penanda aras
Next: PBB: Tiada bantuan diagihkan di Gaza, terkandas di lintasan Kerem Shalom

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.