Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura, Indonesia, Malaysia berdepan risiko jerebu rentas sempadan pada 2025 – laporan
  • GLOBAL

Singapura, Indonesia, Malaysia berdepan risiko jerebu rentas sempadan pada 2025 – laporan

Utusan Sarawak 1 day ago

Kebakaran di Karya Indah, Riau baru-baru ini. - Foto AFP

SINGAPURA: Singapura, Indonesia dan Malaysia berdepan risiko sederhana berlakunya jerebu rentas sempadan yang teruk sepanjang baki tahun ini, menurut penilaian yang dikeluarkan oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) pada Isnin, lapor Xinhua.

Penilaian itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu, apabila tahap risiko jerebu dikategorikan sebagai rendah.

SIIA menggunakan skala tiga peringkat untuk menilai risiko: rendah, sederhana dan tinggi.

Menurut laporan berkenaan, kenaikan harga hasil pertanian serta peningkatan aktiviti penebangan hutan menjadi punca utama peningkatan kebakaran terbuka, yang seterusnya mencetuskan jerebu.

Ini termasuk peningkatan bilangan titik panas dan asap jerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Sumatera pada pertengahan Julai lalu.

Jerebu dijangka merebak dari Sumatera Tengah ke beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia.

Laporan itu turut memberi amaran bahawa dasar ekonomi atau pertanian yang tidak terkawal boleh menyebabkan lebih banyak hutan ditebang, terutama jika pembakaran terus digunakan sebagai kaedah pembersihan tanah.

SIIA turut meramalkan bahawa antara 2027 hingga 2030, rantau Asia Tenggara mungkin mengalami musim kering luar biasa, sekali gus meningkatkan risiko kejadian jerebu yang lebih serius pada masa akan datang.– BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia
Next: 6 maut insiden tembakan di pasar terkenal Bangkok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.