Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura catat suhu tertinggi dalam tempoh 40 tahun
  • GLOBAL

Singapura catat suhu tertinggi dalam tempoh 40 tahun

Utusan Sarawak 2 years ago

SINGAPURA: Singapura mencatatkan suhu 37 darjah Celsius pada Sabtu (13 Mei) menyamai rekod untuk suhu maksimum tertinggi yang dilaporkan 40 tahun lalu.

“Suhu tertinggi 37.0 darjah Celsius, tahun paling panas setakat ini yang dicatatkan di Ang Mo Kio. Ini adalah suhu maksimum harian tertinggi bagi bulan Mei, melebihi paras tertinggi sebelum ini iaitu 36.7 darjah Celsius yang direkodkan di Admiralty tahun lepas.

“Ia turut menyamai rekod 37 darjah Celsius yang kali terakhir direkodkan di Tengah pada 17 April 1983,” memetik laman Facebook rasmi Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) republik itu.

Menurut NEA, rekod suhu Singapura bermula pada 1929.

“Keadaan panas dan kering dijangka berterusan hari ini (14 Mei). Hujan sekejap-sekejap diramal  minggu depan yang boleh membantu mengurangkan suhu panas,” menurut NEA. – Bernama

Continue Reading

Previous: Anwar hadir pembukaan, sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN
Next: Serangan Israel rosakkan kemudahan Hospital Indonesia di Gaza Utara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.