Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sindiket seludup migran di Tebedu tumpas, 11 warga asing ditahan
  • JENAYAH

Sindiket seludup migran di Tebedu tumpas, 11 warga asing ditahan

Utusan Sarawak 2 days ago
SERAMAI 11 warga Indonesia terdiri daripada 8 lelaki dan 3 wanita ditahan kerana disyaki cuba diseludup keluar dari Malaysia. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS)

TEBEDU: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran yang aktif di kawasan sempadan Pintu Masuk Darat Tebedu, semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan menerusi Ops Serkap dan Ops Kutip, bermula seawal 4.00 pagi, seramai 11 warga Indonesia terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita ditahan kerana disyaki cuba diseludup keluar dari Malaysia tanpa sebarang dokumen perjalanan sah.

“Sindiket terbabit dipercayai menjadikan kawasan sempadan tersebut sebagai pusat transit haram bagi membawa migran keluar dari negara ini.

“Serbuan dilancarkan sejurus suspek tiba di lokasi sasaran, termasuk ke atas sebuah premis yang dijadikan markas transit oleh sindiket berkenaan,” ujar kenyataan JIMS semalam.

Selain itu, pihak JIMS turut menyita sebuah kenderaan yang dianggarkan bernilai RM30,000, dipercayai digunakan dalam kegiatan penyeludupan migran.

Kesemua yang ditahan kini ditempatkan di Depot Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

–Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS)

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JKDM Sarawak tumpaskan sindiket ganja bernilai RM2.578 juta
Next: Imigresen tahan 15 pendatang tanpa izin di sekitar Labuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.