Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sindiket libatkan warga asing: SPRM reman 33 individu termasuk 10 pegawai penguat kuasa
  • JENAYAH

Sindiket libatkan warga asing: SPRM reman 33 individu termasuk 10 pegawai penguat kuasa

Utusan Sarawak 6 hours ago
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 33 individu termasuk pegawai penguat kuasa dan penjawat awam dalam operasi bersepadu di Putrajaya dan tiga negeri kerana disyaki terbabit dalam sindiket yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan urusan warga asing.

Menurut sumber, 10 pegawai penguat kuasa ditahan dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas pekerja syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959 serta mengeluarkan visa, pas dan permit tanpa melalui prosedur ditetapkan.

Sumber itu memberitahu kesalahan lain yang dikesan adalah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi permohonan dan mendapatkan kuota pekerja asing.

Kesemua mereka yang terdiri daripada 24 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an ditahan oleh Bahagian Perisikan SPRM dan SPRM negeri di Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka semalam.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2021 hingga tahun ini,” menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A), 17(a), 17(b) dan 18 Akta SPRM 2009.

Abd Halim juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat untuk tujuan tersebut. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat buruh ditahan dalam tiga operasi dadah di Lawas
Next: Lelaki positif dadah ditahan, 22 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.