Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sindiket dadah tumpas, Polis Sarawak rampas RM1.1 juta
  • JENAYAH

Sindiket dadah tumpas, Polis Sarawak rampas RM1.1 juta

Utusan Sarawak 2 days ago

DCP Saifullizan Ishak pada sidang media mengenai rampasan dadah di Sarawak, hari ini.

BINTULU: Polis Sarawak berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Sibu dan menggagalkan cubaan menyeludup syabu ke Bintulu dengan keseluruhan rampasan bernilai lebih RM1.1 juta dalam dua operasi berasingan awal bulan ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Polis (DCP) Saifullizan Ishak berkata, pada 3 September lalu, polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan empat suspek berusia 27 hingga 48 tahun di beberapa lokasi di Sibu.

Dalam serbuan itu, polis merampas pil ekstasi, MDMA, ketamin, erimin 5 dan syabu dengan nilai pasaran dianggarkan RM479,506, yang boleh digunakan hampir 14,000 penagih.

Selain itu, polis turut menyita harta sindiket bernilai RM387,534.20 termasuk dua kereta, wang tunai dan barang kemas.

ANTARA dadah dan harta sindiket yang dirampas polis dalam operasi di Sibu dan Bintulu, awal September lalu.

Menurut Saifullizan, sindiket tersebut aktif sejak pertengahan 2024 dengan modus operandi mendapatkan bekalan dari Miri melalui aplikasi WeChat, sebelum dihantar menggunakan bas ekspres ke Sibu untuk disimpan dan diedarkan.

Sementara itu, pada 2 September, polis turut berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 17 kilogram syabu ke Bintulu yang dianggarkan bernilai RM663,000.

Dadah yang boleh digunakan 85,000 penagih itu disembunyikan dalam kotak makanan berlabel ‘Coconut Sugar’ dan dihantar menggunakan kargo udara dari Semenanjung Malaysia.

SEBAHAGIAN hasil rampasan.

“Kerjasama strategik bersama syarikat kurier dan perkhidmatan kargo akan terus dipertingkatkan agar penyeludupan dadah dapat dibanteras secara holistik,” tegasnya.

Beliau berkata, semua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 7 September tahun ini, JSJN Sarawak merekodkan hampir 8,000 tangkapan berkaitan dadah dengan rampasan bernilai RM26.1 juta.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Security threat targeting LNG Bintulu, police investigate motive – Mancha
Next: Bot tunda bersama 7 kru ditahan di perairan Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.