Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Simulasi kecemasan Lapangan Terbang Sibu berjaya uji tindak balas agensi
  • Tengah
  • WILAYAH

Simulasi kecemasan Lapangan Terbang Sibu berjaya uji tindak balas agensi

Utusan Sarawak 2 days ago
 BERJALAN LANCAR…Latihan Kecemasan Penuh berjalan lancar di Lapangan Terbang Sibu, petang tadi.

SIBU: Kekecohan tercetus di Lapangan Terbang Sibu petang tadi apabila sebuah pesawat jenis Embraer E190, penerbangan RT250 dari Macau ke Sibu yang dikendalikan BDST Airline, dilaporkan terbakar selepas melakukan pendaratan cemas di Runway 13.

Malaysia Airports Holdings Berhad dalam kenyataannya pada 3.30 petang memaklumkan bahawa insiden yang berlaku pada 2.42 petang itu menyebabkan kedua-dua Runway 13 dan 31 ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada operasi menyelamat.

Difahamkan, terdapat 78 penumpang berada di dalam pesawat terbabit. Operasi menyelamat segera digerakkan oleh pasukan bertugas, dan siasatan dikatakan akan dijalankan bersama pihak syarikat penerbangan bagi menentukan punca kejadian.

Bagaimanapun, kekecohan tersebut rupa-rupanya hanyalah sebahagian daripada satu simulasi kecemasan penuh (Full Scale Exercise) yang dilaksanakan oleh MAHB menerusi Airport Fire Rescue Service (AFRS) sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang situasi sebenar.

Dalam sidang media susulan latihan tersebut, Pengurus MAHB Lapangan Terbang Sibu, Hasbi Mohd Said berkata seramai 150 peserta daripada pelbagai agensi telah terlibat dalam latihan yang berlangsung dengan lancar itu.

“Alhamdulillah, latihan kali ini berjalan dengan baik, teratur dan berjaya mencapai objektif yang disasarkan,” katanya.

Latihan yang diwajibkan untuk dijalankan setiap dua tahun sekali ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan semua agensi berkaitan dalam menghadapi insiden kecemasan di lapangan terbang.

SIMULASI KECEMASAN…Latihan Kecemasan Penuh berjalan lancar di Lapangan Terbang Sibu, petang tadi.

Antara agensi terlibat termasuk pasukan bomba lapangan terbang, pasukan keselamatan, bahagian operasi serta jurutera Malaysia Airports, selain kerjasama agensi luar seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Kementerian Kesihatan (KKM), hospital, syarikat penerbangan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dalam latihan tersebut, senario kecemasan direka seolah-olah membabitkan 20 kematian dan 58 kecederaan, termasuk kru dan penumpang dari Malaysia serta Macau.

Hasbi menegaskan bahawa latihan ini penting bagi memastikan setiap agensi mampu bertindak pantas dan efisien jika berlaku kecemasan sebenar.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Petronas sumbang keperluan perubatan asas kepada Klinik Kesihatan Nanga Tiga
Next: Operasi SAR di Kabong ditamatkan, Aiman masih belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.