Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SIMU tinjau keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan di DUN Kalaka
  • WILAYAH

SIMU tinjau keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan di DUN Kalaka

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Kalaka semalam telah menerima kunjungan daripada SIMU yang diketuai Sofhi Jebal di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri semalam telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), Jabatan Premier Sarawak di Pusat Khidmat ADUN Kalaka.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk meninjau keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan Kalaka, sekali gus memperkukuh hubungan strategik antara agensi pelaksana negeri dan wakil rakyat tempatan.

Rombongan SIMU yang diketuai oleh Sofhi Jebal turut mengadakan lawatan fizikal ke tapak Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS), bagi memantau kemajuan serta memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan.

Projek PPRMS merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, khususnya melalui pembaikan kediaman agar lebih selesa dan selamat untuk didiami.

Mohamad Duri dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada pihak SIMU, Jabatan Premier Sarawak atas komitmen dan perhatian terhadap pembangunan masyarakat Kalaka, khususnya dalam memastikan projek rakyat memberi impak yang maksimum.

Lawatan ini katanya diharap dapat memperkukuh kerjasama antara semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan agenda pembangunan negeri, seiring dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.

Turut hadir menyambut rombongan ialah Timbalan Ketua Cawangan PBB Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi dan Setiausaha Kehormat PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Usahawan Wanita Saratok bawa Kerepek Pisang Warisan jadi jenama terkenal
Next: Pusat Hemodialisis Saratok terima naik taraf laluan dan parkir demi keselesaan pesakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.