Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Simpanan pesara RM740,000 lesap
  • NASIONAL

Simpanan pesara RM740,000 lesap

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 13 Jun -- Seorang peguam yang dikehendaki pihak berkuasa sejak 2017, direman tujuh hari sehingga 18 Jun, bagi membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Tongod. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEORANG peguam yang dikehendaki pihak berkuasa sejak 2017, direman tujuh hari sehingga 18 Jun, bagi membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah Piha

KOTA KINABALU: Seorang peguam yang dikehendaki pihak berkuasa sejak 2017, direman tujuh hari sehingga 18 Jun, bagi membantu siasatan  berhubung kes urusan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Tongod.

Majistret Lovely Natasha Charles, membenarkan permohonan reman itu yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 63 tahun itu ditahan SPRM pada jam 4.15 petang Jumaat lepas, selepas hadir ke pejabat agensi itu di sini pada jam 1.30 tengah hari, bagi memberi  kenyataan berhubung kes berkenaan.

Suspek ditahan  bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, atas kes pecah amanah.

Terdahulu, suspek yang diiringi peguamnya Zahir Shah dan beberapa anggota SPRM, tiba di mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi, menaiki kenderaan agensi itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Masuk Sarawak seperti biasa
Next: Penderma darah wira negara – Muhyiddin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.