Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Simon Yam kagum keunikan budaya Sarawak, harap AIFFA jadi platform filem antarabangsa
  • HIBURAN

Simon Yam kagum keunikan budaya Sarawak, harap AIFFA jadi platform filem antarabangsa

Utusan Sarawak 9 hours ago
BINTANG filem Hong Kong, Simon Yam, ketika sesi Temu Mesra sempena Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 di Kuching Royal Cruise Jetty, Go Down Amphitheatre hari ini.

KUCHING: Bintang filem Hong Kong, Simon Yam, memuji keindahan dan kepelbagaian budaya Sarawak ketika menghadiri sesi ‘Temu Mesra’ sempena Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 di Kuching Royal Cruise Jetty, Go Down Amphitheatre, hari ini.

Beliau yang pernah mengunjungi Sarawak lebih 30 tahun lalu berkata, keramahan penduduk tempatan, warna budaya dan landskap unik negeri ini menjadi sumber inspirasi baginya untuk meneroka projek filem yang menonjolkan nilai kemanusiaan.

“Semua di sekitar saya sangat peramah dan keunikan ini memberi idea untuk projek filem dan komedi. Jika diberi peluang, saya sedia menghasilkan filem di Sarawak,” kata Simon Yam kepada wartawan ASEAN yang hadir.

Dalam sesi berkenaan, Simon Yam turut menekankan pengalaman lebih tiga dekadnya dalam industri filem Hong Kong.

Beliau mendedahkan bahawa kejayaan sesebuah produksi bergantung kepada semangat kerjasama kru filem, daripada pengarah, penerbit, pelakon hingga jurukamera.

“Di Hong Kong, pasukan produksi sangat rapat. Semua bersama-sama setiap hari, duduk makan tengah hari bersama, saling membantu dan berkongsi idea. Semangat ini penting untuk kejayaan filem,” katanya.

Menjawab soalan mengenai hubungan dengan peminat ASEAN, Simon Yam berkata beliau hadir di AIFFA bukan sekadar sebagai pelakon, tetapi juga sebagai rakan kepada komuniti filem serantau.

SUASANA meriah apabila Simon Yam bertemu dan bersua dengan peminat.

“Saya berada di sini kerana kawan-kawan saya, semua kawan-kawan saya, para penggemar, aktor-aktor, semua daripada ASEAN. Kami berharap untuk mendapatkan banyak inspirasi antara satu sama lain. Saya akan cuba meningkatkan diri saya untuk bertemu dengan mereka. AIFFA merupakan platform yang bagus untuk Asia Tenggara dan saya berharap festival ini akan menjadi platform yang menyeronokkan di Kuching,” katanya.

Simon Yam turut memuji AIFFA sebagai platform penting bagi pembuat filem dan peminat dari Asia Tenggara untuk bertemu, bertukar idea dan memahami budaya berbeza.

Beliau berharap festival ini dapat diperluas untuk menarik penyertaan dari negara-negara lain termasuk Korea Selatan, Jepun, Australia dan Timur Tengah.

“AIFFA membolehkan penggiat filem dari pelbagai negara berkumpul, berinteraksi, dan menginspirasi antara satu sama lain. Saya berharap festival ini terus berkembang sebagai platform serantau dan antarabangsa,” ujarnya.

Mereka menzahirkan penghargaan kepada media tempatan dan serantau atas liputan positif sepanjang festival, sekali gus mengangkat imej Sarawak sebagai pusat seni dan budaya ASEAN.

Acara Temu Mesra menyaksikan kehadiran peminat dari Sarawak, Semenanjung Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura.

MOMEN istimewa Simon Yam bersama peminat sempena sesi Temu Mesra di Go Down Amphitheatre, hari ini.

Simon Yam meluangkan masa melayan peminat, bergambar dan berkongsi kisah perjalanan kreatifnya, termasuk pengalaman berlakon bersama selebriti antarabangsa seperti Angelina Jolie.

Beliau menyifatkan pengalaman itu sebagai peluang unik untuk mendekatkan peminat dengan dunia seni filem Hong Kong, sambil mengetengahkan nilai budaya dan kreativiti yang dimiliki Sarawak.

Sidang media itu turut disertai Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Sherrina Husaini, Pengarah Festival AIFFA 2025, Livan Tajang serta Pengarah Eksekutif AIFFA, Jaffri Amin dan Shah Sidek.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Pengarah orkestra wanita pertama Iran jadi inspirasi
Next: Sarawak bakal jadi lokasi penggambaran ‘Gerak Khas 2.0’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.