Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Simoi sangkal berita potong barisan PPV
  • TEMPATAN

Simoi sangkal berita potong barisan PPV

Utusan Sarawak 4 years ago
BUKTI… Gambar menunjukkan Simoi Peri sudah selesai menerima suntikan dos lengkap vaksin Covid-19 dan sekali gus bercanggah dengan dakwaan beliau adalah antara golongan kenamaan yang memotong barisan para OKU bagi tujuan itu pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di PPV Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Rabu lepas.

SIMANGGANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri menyangkal berita palsu kononnya beliau bertindak memotong barisan dalam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan Negeri, Kuching pada Rabu lepas.

Menurut beliau berita palsu berkenaan telah tular di beberapa platform media sosial dan dikarang oleh penulis yang mempunyai motif untuk menjatuhkan kerjaya dirinya sebagai seorang ahli politik.

“Untuk makluman, saya telah pun mendapat suntikan dos pertama (vaksin Covid-19) pada 15 Mac lepas dan suntikan dos kedua pada 5 April lepas di PPV Dewan Suarah Sri Aman.

“Oleh itu adalah tidak logik untuk mengatakan saya memotong barisan (untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19) di PPV Stadium Perpaduan Negeri kerana ia sudah pun dilakukan di Sri Aman sebelum ini,” kata Simoi.

Selain itu, beliau menerusi kenyataan balas berhubung penularan berita fitnah berkenaan semalam melahirkan rasa amat kesal berhubung penularan berita palsu yang boleh menjejaskan imejnya sebagai ADUN Lingga.

“Saya telah menghabiskan banyak masa di Sri Aman semenjak tahun lepas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat dalam kawasan DUN Lingga.

“Bagaimanapun penularan berita palsu ini menganggu fokus saya untuk berkhidmat terhadap rakyat…justeru jika ia berterusan maka saya tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu nanti,” tegas beliau.

Terdahulu Simoi menerusi berita palsu itu didakwa antara golongan kenamaan yang memotong barisan penerima vaksin Covid-19 bagi Orang Kurang Upaya (OKU) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di PPV Stadium Perpaduan Negeri Sarawak pada Rabu lepas.

Turut ditularkan di media sosial pada Rabu lepas juga adalah beberapa golongan kenamaan dan ahli keluarga mereka yang turut bertindak memotong ‘queue’ barisan penerima vaksin tersebut di PPV berkenaan.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: SOP perlu dipatuhi di taman rekreasi
Next: SK Long Luteng dilanda banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.