Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Simbol kedaulatan Sarawak dikibar megah di Dataran Ibu Pertiwi
  • Selatan
  • WILAYAH

Simbol kedaulatan Sarawak dikibar megah di Dataran Ibu Pertiwi

Utusan Sarawak 6 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi setiap bulan bagi memupuk semangat patriotisme dan cinta kepada negeri.

Upacara tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Bendera Negeri Sarawak melambangkan tanah air, identiti, kedaulatan serta perpaduan rakyat dengan warna merah untuk keberanian, hitam bagi kekayaan sumber asli, dan kuning sebagai keharmonian.

UPACARA Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi, Petra Jaya.

Pada 1 Januari 2025, tiang Bendera Ibu Pertiwi setinggi 99.4 meter telah direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai tiang bendera tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.

DBKU menegaskan komitmennya untuk meneruskan upacara ini secara konsisten bagi memupuk jati diri rakyat dan menghormati simbol kedaulatan negeri.

TETAMU kehormat yang turut hadir pada Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi, Petra Jaya.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuching Utara Dato Hilmy Othman, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, serta tetamu kehormat yang lain.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Miri santuni penduduk setempat sempena Tahun Baharu Cina
Next: MBKS gesa kerjasama awam guna tong RoRo dengan betul sempena pembersihan Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.