CONNIE CHIENG
KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr. Sim Kui Hian telah meminta peguamnya supaya memberi surat guaman kepada beberapa pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP), termasuk pengerusinya, Chong Chieng Jen, untuk menafikan kenyataan fitnah yang dibuat oleh mereka.
Dr. Sim berkata beliau telah difitnah kerana mengambil alih tabung pengagihan bekalan makanan yang diperuntukkan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan, Batu Lintang, Pending dan Kota Sentosa berjumlah RM800,000.
Beliau berkata walaupun Kerajaan Sarawak telah menjelaskan bahawa peruntukan ini akan disalurkan melalui pejabat pengurusan bencana bahagian di seluruh Sarawak dan bukannya pejabat ahli Dewangan Undangan Negeri, pemimpin-peminpin DAP.
Tetapi pemimpin-pemimpin DAP tersebut masih lagi membuat tuduhan yang tidak berasas di akhbar-akhbar tempatan dan laman sosial media dengan niat jahat untuk memburukkan nama beliau dan menuduh beliau menyalahgunakan peruntukan tersebut.
“Saya telah menjelaskan perkara ini dan fokus kita pada masa kita adalah untuk mengekang penularan wabak Covid-19 supaya kesihatan orang ramai dapat terjamin.
“Barisan hadapan seperti petugas jabatan kesihatan dan pihak polis telah berkorban dengan bertugas sepanjang masa untuk memastikan keselamatan orang ramai.
“Memang tidak ada ruang untuk tuduhan-tuduhan yang tidak munasabah ini dan penulis-penulis ini sudah keterlaluan dengan menyebarkan tuduhan serta fitnah yang tidak berasas ini,” kata Dr. Sim.