Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Siklon Amphan: Ribuan penduduk dipindahkan
  • GLOBAL

Siklon Amphan: Ribuan penduduk dipindahkan

Utusan Sarawak 5 years ago

A Cyclone Preparedness Programme (CPP) volunteer uses a megaphone to urge residents to evacuate to shelters ahead of the expected landfall of cyclone Amphan in Khulna on May 19, 2020. - India and Bangladesh began evacuating more than two million people May 18 as a cyclone barrelled towards their coasts, with officials racing to ready extra shelters amid fears of coronavirus contagion in cramped refuges. (Photo by Kazi Shanto / AFP)

SEORANG sukarelawan Program Kesiapsiagaan Taufan (PKT) menggunakan megafon untuk mendesak penduduk untuk berpindah ke tempat perlindungan dengan kedatangan taufan Amphan di Khulna. — Foto AFP

NEW DELHI: Pihak berkuasa di negeri Odisha dan Benggala Barat, India pada Selasa memindahkan ribuan penduduk ke kem bantuan berikutan siklon Amphan yang diramal melanda, lapor agensi berita Xinhua.

Siklon yang boleh mencetuskan ribut kuat itu dijangka membadai Benggala Barat pada Rabu petang.

“Ia adalah siklon kedua kuat – yang terbentuk di Teluk Bengal selepas 1999. Kelajuan angin di laut sekarang 200-240 kilometer sejam. Bergerak menuju arah utara barat laut,” kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi India (IMD) Mrutyunjay Mohapatra. 

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Amit Shah berkata, 300,000 penduduk di Benggala Barat sudah dipindahkan dan juga penduduk di daerah Bhadrak serta Kendrapada Odisha.

Ketua Pengarah Pasukan Tindak Cepat Bencana Negara (NDRF) S N Pradhan berkata, 41 pasukan dikerahkan ke Benggala Barat dan Odisha sebagai persiapan menghadapi siklon.

IMD mengeluarkan amaran peringkat ‘oren’ untuk Benggala Barat dan Odisha.

Pihak berkuasa menasihati nelayan supaya tidak turun ke laut sehingga Khamis.

Siklon diramal melanda ketika India sedang berjuang melawan Covid-19, yang telah menjangkiti 101,139 dan mengorbankan 3,163 orang. – Bernama

Continue Reading

Previous: EU sokong WHO, kritik tindakan Trump
Next: Palestin hapus semua perjanjian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.