Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sikap cuai punca utama kemalangan maut di Miri – Lee Kim Shin
  • Utara
  • WILAYAH

Sikap cuai punca utama kemalangan maut di Miri – Lee Kim Shin

Utusan Sarawak 3 days ago

TINGKATKAN KESEDARAN… Dato Sri Lee Kim Shin memakaikan topi keledar baharu kepada seorang penunggang motosikal pada Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Gawai di Miri, semalam.

MIRI: Kes kemalangan maut yang berlaku di sini dikenal pasti berpunca daripada kecuaian dan sikap sambil lewa pemandu itu sendiri.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ini menunjukkan bahawa perubahan sikap dan pemikiran masyarakat amatlah penting dalam memastikan keselamatan di jalan raya.

“Walaupun statistik di Miri menunjukkan penurunan, kita tidak boleh mengambil mudah.

“Setiap kemalangan adalah satu tragedi, sama ada dari segi kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda.

“Apa yang kita inginkan ialah setiap rakyat keluar dengan selamat dan pulang ke rumah dengan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Gawai di pekarangan PermyMall Miri, petang semalam.

Menurut Kim Shin statistik kemalangan jalan raya di Miri bagi tempoh Januari hingga April 2025 menunjukkan penurunan sebanyak 4.10 peratus berbanding tahun lalu, daripada 1,130 kepada 1,091 kes.

“Kemalangan maut menurun daripada 19 kepada 14 kes, manakala jumlah kematian juga berkurangan daripada 20 kepada 14 orang.

“Walaupun penurunan ini menggalakkan, beliau menegaskan bahawa tanggungjawab sebenar terletak di bahu setiap individu yang berada di jalan raya,” katanya.

Kempen tersebut merupakan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya Bahagian Miri, dengan objektif utama meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya sempena musim perayaan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persiapan rapi Gawai Dayak di Rumah Panjang Pakut, Sibuti
Next: Penduduk rumah panjang disaran amalkan prinsip 4K

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.