Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sijil penghargaan dan pelantikan disampaikan kepada pemimpin komuniti Beluru
  • Utara
  • WILAYAH

Sijil penghargaan dan pelantikan disampaikan kepada pemimpin komuniti Beluru

Utusan Sarawak 6 hours ago
SOKONGAN PADU…Datuk Dr Penguang Manggil bergambar kenangan semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Peter Fance Sg Bakas Atas Bakong

BELURU: Seramai empat Penghulu dan 93 Ketua Kaum menerima Sijil Pelanjutan Lantikan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil.

Penyerahan sijil tersebut berlangsung pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Peter Fance, Sungai Bakas Atas, Bakong di sini semalam.

Menurut Dr Penguang, seorang Penghulu turut menerima Sijil Penghargaan, iaitu Penghulu Abdullah Samat yang memilih untuk bersara.

Selain itu, sembilan Ketua Kaum juga turut menerima sijil penghargaan masing-masing.

Bagi lantikan baharu, seorang Penghulu menerima Sijil Pelantikan, iaitu Penghulu Dennis Tija, yang dilantik sebagai Penghulu bagi Orang Ulu di Daerah Beluru.

Sementara itu, tujuh Ketua Kaum baharu turut menerima Sijil Lantikan, termasuk TR Peter Fance sendiri.

Dr Penguang menjelaskan bahawa pemilihan Ketua-Ketua Kaum dijalankan secara demokratik melalui undian di peringkat rumah panjang atau kampung. Wakil setiap bilik atau rumah panjang akan mengundi calon Ketua Kaum masing-masing semasa mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Beliau turut menasihati Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum (KMKK) supaya mengelakkan penglibatan ahli keluarga dalam menjalankan tugas rasmi.

“Saya merakamkan tahniah kepada KMKK yang telah dilantik atau dilanjutkan lantikan, serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua-Ketua Kaum yang telah bersara atas jasa bakti mereka selama ini,” tambahnya.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Monsun Timur Laut: JBPM pantau kawasan berisiko banjir di Sadong Jaya Ulu
Next: Persekutuan Persatuan Cina anjur Malam Gala Tahun Baharu Cina dan Apresiasi Media 1 Mac depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.