Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • SIFMA edisi ke-6 tarik penyertaan terbesar, lonjak ekosistem seni persembahan Sarawak
  • HIBURAN

SIFMA edisi ke-6 tarik penyertaan terbesar, lonjak ekosistem seni persembahan Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) pada sidang media Festival Antarabangsa Muzik dan Seni Sarawak (SIFMA), hari ini. Foto Masrin Affirah 

PETRA JAYA: Festival Antarabangsa Muzik dan Seni Sarawak (SIFMA) edisi keenam tahun ini mencatat penyertaan paling besar sejak dianjurkan, sekali gus menandakan perkembangan pesat ekosistem seni persembahan negeri menjelang pembukaan Pusat Seni Persembahan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata SIFMA bukan sekadar festival tetapi platform membina keyakinan serta bakat artis tempatan agar bersedia mengisi ruang persembahan bertaraf dunia kelak.

“Kita masih membina pusat seni persembahan. Sebab itu kita menyokong industri kreatif menghantar kumpulan budaya ke luar negara, mengangkat bakat tempatan serta memastikan apabila pusat itu siap, Sarawak ada barisan artis dan artisan yang benar-benar bersedia,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media Festival Antarabangsa Muzik dan Seni Sarawak (SIFMA), di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. 

Beliau berkata penganjur utama, IMH Music House, telah memperluas jangkauan festival dengan mengadakan promosi dan jemputan sehingga ke Bintulu dan Miri, selain penglibatan artis antarabangsa yang lebih pelbagai.

Tahun ini, SIFMA menampilkan elemen baharu iaitu pertunjukan fesyen elegan oleh pereka dari Hong Kong, Indonesia, Semenanjung Malaysia dan beberapa negara lain. Pameran seni oleh artis Sarawak serta pameran kraf Sarawak turut mengisi program.

Antara kumpulan antarabangsa yang mengambil bahagian termasuk Dadali Dance Troupe dari Filipina, Natara Harja dan Pushpa Karima dari Indonesia, Bamboo Orchestra dari Taiwan serta Viet Lotus Group dari Vietnam. Turut serta ialah kumpulan dari Kuala Lumpur, Miri, China, Thailand, Singapura dan Sarawak sendiri.

Persembahan dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember depan di Dewan Bankuet, bangunan DUN. Masuk adalah percuma namun pendaftaran diperlukan memandangkan kapasiti yang terhad.

Menurut Abdul Karim, persembahan di bangunan legislatif memberi pengalaman unik dan aura tersendiri kepada para peserta.

Beliau turut mengulangi aspirasi Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang mahu melihat Kuching sebagai ‘bandar yang ada jiwa’.

“Bandar yang ada jiwa lahir daripada seni — teater, tarian, muzik dan festival seperti ini. Apabila masyarakat semakin makmur, mereka mencari pengalaman budaya. Di situlah seni persembahan mengisi ruang,” ujarnya.

Oleh Adele Rissa

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Andmesh anggap konsert ‘A Night With Andmesh Kamaleng’ sebagai impian jadi kenyataan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.