Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sidang Kemuncak ASEAN: Sarawak kongsi pengalaman bangun TBB, semikonduktor – Abang Johari
  • SEMASA

Sidang Kemuncak ASEAN: Sarawak kongsi pengalaman bangun TBB, semikonduktor – Abang Johari

Utusan Sarawak 23 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto BERNAMA

KUCHING: Sarawak akan berkongsi pengalaman berkaitan pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) dan semikonduktor pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dua sektor utama berkenaan mampu memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri sejajar dengan agenda ekonomi hijau dan teknologi baharu.

“Saya telah dijemput untuk berkongsi pandangan mengenai pembangunan yang sedang berlaku di Sarawak. Di Sarawak, kita menggunakan pendekatan seimbang antara teknologi dan keupayaan manusia.

“Dalam konteks semikonduktor pula, kecerdasan buatan (AI) sangat bergantung kepada fungsi cip. Oleh itu, Sarawak kini menumpukan kepada pendidikan dalam bidang reka bentuk cip,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) kelapan di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari berkata kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 itu diharap dapat memberi peluang kepada Trump memahami geopolitik rantau Asia Pasifik dengan lebih mendalam.

“Pelaksanaan dasar tarif oleh pentadbiran Trump sebelum ini telah memberi kesan terhadap iklim pelaburan dan kita berharap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat berbincang secara bijaksana bagi menangani cabaran ekonomi serantau yang timbul akibat dasar tersebut,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata Trump dijadual tiba di Malaysia Ahad ini bagi menghadiri sidang kemuncak itu dan pengesahan kehadiran beliau telah dimaklumkan sewaktu mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat lepas. 

-BERNAMA

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PUSAKA rangkul Anugerah Emas Sektor Awam AIGA 2025, RECODA menang Anugerah Gangsa
Next: Abang Johari sambut baik kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.