Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sidang Kemuncak ASEAN: Perdana Menteri baharu Jepun dan Thailand antara pemimpin tiba hari ini
  • NASIONAL

Sidang Kemuncak ASEAN: Perdana Menteri baharu Jepun dan Thailand antara pemimpin tiba hari ini

Utusan Sarawak 1 day ago
PERDANA Menteri Jepun, Sanae Takaichi dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul yang baru dipilih untuk menjawat jawatan masing-masing, merupakan antara pemimpin yang tiba hari ini.


SEPANG: Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul yang baru dipilih untuk menjawat jawatan masing-masing, merupakan antara pemimpin yang tiba hari ini menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan hujung minggu ini.

Turut dijangka tiba ialah pemimpin ASEAN lain termasuk Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.

Presiden Majlis Eropah Antonio Costa dan Perdana Menteri Kanada Mark Carney turut dijangka tiba lewat hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan menghimpunkan pemimpin daripada 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan India, dijangka  menjadi perhimpunan terbesar ASEAN sejak penubuhan blok itu pada 1967.

Di bawah tema Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, “Keterangkuman dan Kemampanan”, sidang kemuncak kali ini bakal menjadi antara yang terbesar dalam sejarah ASEAN, berperanan sebagai platform penting untuk memperdalam kerjasama serantau dan menangani cabaran global secara bersepadu serta inklusif.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN lonjak keyakinan pelabur serantau
Next: Presiden Brazil diberi sambutan rasmi di Putrajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.