Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sidang DUN: Transformasi status Mahkamah Bumiputera Sarawak dipergiatkan
  • TEMPATAN

Sidang DUN: Transformasi status Mahkamah Bumiputera Sarawak dipergiatkan

Utusan Sarawak 2 years ago
Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat

KUCHING: Kajian untuk menghasilkan satu pelan induk bagi penstrukturan semula dan menaik taraf status Mahkamah Bumiputera Sarawak kini sedang dilaksanakan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat berkata, kajian adalah agar ia setanding dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

“Hasil kajian ini nanti akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan,” katanya ketika menjawab pertanyaan John Ilus (GPS-Bukit Semuja) pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Kajian ini bertujuan penstrukturan semula dan peningkatan Mahkamah Anak Negeri Sarawak

Katanya lagi, bidang kuasa Mahkamah Bumiputera Sarawak adalah untuk mendengar dan mengadili kes-kes berkaitan pelanggaran adat.

“Ia adalah berdasarkan penetapan di bawah dikodifikasi  adat iaitu adat yang telah dibukukan dan dijadikan undang-undang bertulis bagi pelbagai komuniti Bumiputera di Sarawak dan kes-kes berkaitan pertikaian ke atas hakmilik dan tuntutan pampasan tanah hakmilik adat Bumiputera di bawah Kanun Tanah Sarawak,” katanya.

Mahkamah Bumiputera Sarawak adalah sebuah unit di Jabatan Premier Sarawak yang ditubuhkan di bawah Ordinan Mahkamah Anak Negeri 1992.

Mahkamah Bumiputera Sarawak juga adalah sebahagian daripada unit pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Premier Sarawak.

Selain Mahkamah Bumiputera Sarawak, terdapat juga Mahkamah Sivil di bawah Jabatan Kehakiman Persekutuan dan Mahkamah Syariah di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.

Setiap mahkamah tersebut mempunyai struktur, bidang kuasa dan kuasa masing-masing.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Sidang DUN: Tangani banjir  gabung tiga sekolah bina sekolah berpusat
Next: Sidang DUN: Pembangunan Perkampungan Warisan Budaya di Mukah keutamaan RADDA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.