Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sidang DUN: Rangka awal rangkaian laluan kereta api permudahkan kerjasama sempadan
  • TEMPATAN

Sidang DUN: Rangka awal rangkaian laluan kereta api permudahkan kerjasama sempadan

Utusan Sarawak 2 years ago
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim semasa mengambil bahagian dalam perbahasan usul penghargaan atas ucapan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pada hari keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa merangka perancangan awal bagi merealisasikan usaha sama mewujudkan rangkaian laluan kereta api di sempadan Sarawak dan Indonesia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, usaha mewujudkan jaringan kereta api bagi aktiviti logistik dari Kalimantan melalui Pelabuhan Bintulu Sarawak adalah penting bagi memudahkan pengeksportan barangan dari Kalimantan.

”Jaringan jalan agak jauh dan usaha mewujudkan jaringan kereta api bagi aktiviti logistik dari Kalimantan melalui Pelabuhan Bintulu Sarawak adalah pilihan terbaik bagi memudahkan pengeksportan barangan dari Kalimantan yang berpenduduk hamper 14 juta orang dan amat kaya dengan hasil bumi.

”Ini akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi serta perdagangan antarabangsa antara dua rantau ini dan membawa pulangan ekonomi yang memberansangkan yang boleh digunakan untuk membangunkan segelintir kawasan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengambil bahagian dalam perbahasan usul penghargaan atas ucapan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pada hari keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru Kerajaan Sarawak memperbanyak Pusat Pembangunan Hasil Kayu (Perabot) bagi memperhebat industri perabot dan menjadi sebuah sektor ekonomi penting sekali gus melahirkan tenaga kerja yang kompeten.

”Industri hasil kayu (perabot) dikenal pasti sebagai salah satu sektor ekonomi paling penting untuk memacu Sarawak ke arah negeri maju dengan anggaran akan menjana hasil eksport RM4 bilion pada 2030.

”Dengan kekayaan sumber dan bahan mentah yang kita ada, kita mampu menghasilkan produk perabot yang menarik dan berkualiti tinggi.

”Selain itu, secara tidak langsung ia akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada anak muda dan menyumbang kepada sosioekonomi Sarawak,” tambahnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Sidang DUN: Bina, naik taraf lima jalan penghubung baharu tangani isu kesesakan  
Next: Fahmi jumpa pihak penganjur konsert Coldplay selesaikan isu jualan tiket

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.