Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sidang DUN: Kerja naik taraf Kompleks Sukan Sarikei selesai
  • TEMPATAN

Sidang DUN: Kerja naik taraf Kompleks Sukan Sarikei selesai

Utusan Sarawak 2 years ago
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu pada persidangan hari keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 penggal kedua di sini, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kerja menaik taraf Kompleks Sukan Sarikei bernilai RM3.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri pada 2016 telah siap dilaksanakan pada 30 Disember 2021.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkata, kementerian memang mempunyai perancangan untuk menaik taraf dan menyelenggara fasiliti-fasiliti sukan di setiap bahagian termasuk kolam renang di Sarikei.

“Ini bagi memastikan semua fasiliti tersebut dalam keadaan baik, lengkap dan sesuai untuk digunakan dalam penganjuran program sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan hari keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 penggal kedua di sini, hari ini.

Perbadanan Sukan Sarawak melalui program pusat pembangunan sukan Elit Permulaan (PEP) dan Elit Cemerlang (PEC) telah meneliti kekuatan yang terdapat di Bahagian Sarikei.

“Sukan yang boleh diberi keutamaan ialah sukan olahraga dalam acara padang.

“Ini memandangkan terdapat jurulatih yang berpengalaman memimpin para atlet acara padang buat masa ini.

“Selain itu, sukan ping pong juga boleh diberi keutamaan bagi melahirkan para atlet berpotensi pada masa akan datang.

“Setakat ini, seramai sembilan atlet dari Sarikei yang telah berjaya menaikkan nama Sarawak terutamanya dalam sukan olahraga padang dan sukan bola tampar dewan,” jelas Gerald.

Oleh Azreen Keria


Continue Reading

Previous: Sidang DUN: Industri petrokimia pergiat dua projek di Bintulu
Next: Sidang Dun: Desak perwakilan seimbang Dewan Rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.