Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sidang DUN: Industri petrokimia pergiat dua projek di Bintulu
  • TEMPATAN

Sidang DUN: Industri petrokimia pergiat dua projek di Bintulu

Utusan Sarawak 2 years ago
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, lndustri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh menjawab soalan Azizul Annuar Adenan (GPS – Tanjong Datu)  pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.
Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang membangunkan industri petrokimia di kawasan Bintulu dengan projek pelaburan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, lndustri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh memberitahu, dua projek pelaburan dalam industri petrokimia sedang dan bakal dilaksanakan di kawasan Bintulu.

“Projek pertama ialah ‘Onshore Gas Plant 1’ (OGP1) oleh Sarawak Shell Berhad yang sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada penghujung 2026.

“Projek kedua ialah ‘Onshore Gas Plant 2’ (OGP2) oleh PTTEP HK Offshore Limited yang dijangka bermula aktiviti penyediaan tapak awal tahun depan dan pembangunan loji tersebut akan bermula pada 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azizul Annuar Adenan (GPS – Tanjong Datu)  pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata bahawa SEDC Energy Sdn Bhd turut bekerjasama dengan pelabur asing untuk melaksanakan projek di Taman Industri Petchem.

“Antaranya, kilang pembuatan sarung tangan perubatan yang kini dalam fasa pembinaan dan dijangka beroperasi pada suku pertama 2024,” katanya.

Menurut Datuk Dr Malcolm, dua projek hidrogen dengan pelabur dari Korea Selatan dan Jepun juga dalam peringkat reka bentuk kejuruteraan bahagian hadapan dan dijangka mencapai keputusan pelaburan kewangan pada suku pertama 2024 dan akan beroperasi pada 2027.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Sidang DUN: Perolehan input secara pukal tangani peningkatan kos
Next: Sidang DUN: Kerja naik taraf Kompleks Sukan Sarikei selesai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.