KUCHING: Persidangan hari ketiga Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 dimulakan pada 9.09 pagi ini.
Ia dimulakan dengan bacaan doa dan pemasyhuran daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar.
Mohd Asfia memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari N.80 Batu Danau, Paulus Palu Gumbang tidak hadir persidangan hari ketiga (23 November) hingga hari kelima (25 November) setelah menerima permohonan ketidakhadiran ADUN terbabit.
Antara yang berlangsung hari ini ialah pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan antara ADUN kepada menteri.
Selain itu, pembentangan RUU Perbadanan Kemajuan Industri Perkayuan Sarawak (Pindaan) 2022 akan dibentangkan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom akan membentangkan RUU Kesihatan Awam Veterinar (Pindaan), 2022.
Oleh NUR AIN OTSMAN