Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sidang DUN: Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023
  • TEMPATAN

Sidang DUN: Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023

Utusan Sarawak 2 years ago
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar memaklumkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2022) 2023 setelah bacaan kali ketiga dibentangkan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, semalam.

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2022) 2023, semalam.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar memaklumkan kelulusan tersebut setelah bacaan kali ketiga dibentangkan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru II berkata, rang undang-undang berkenaan merangkumi anggaran tambahan pertama bagi perbelanjaan biasa sebanyak RM368,165,200 serta anggaran tambahan pertama bagi perbelanjaan pembangunan sebanyak RM500 juta.

“Anggaran perbelanjaan pembangunan itu meliputi peruntukan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) mengekalkan pegangan nisbah kecukupan modal pada kadar minimum sebanyak 10 peratus serta RM100 juta untuk pelaksanaan pelbagai Projek Rakyat di seluruh negeri ini.

“Sementara itu, peruntukan perbelanjaan biasa pula merangkumi keperluan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) sebanyak RM214,165,200, Jabatan Premier Sarawak sebanyak RM134 juta serta Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak sebanyak RM20 juta,” jelasnya.

Rang undang-undang tersebut telah disokong oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Tambah Uggah, keperluan MUT adalah untuk perbelanjaan subsidi elektrik bagi pengguna domestik, komersil dan industri dari 1 Januari hingga 30 Jun ini, pengoperasian dan penyelenggaraan ‘Sarawak Alternative Rural Electrification Scheme’ (SARES) serta pengoperasian dan penyelenggaraan sistem Bekalan Air Tanjong Manis (TMWS).

Oleh Azreen Keria

Continue Reading

Previous: Sidang DUN: Jawatankuasa diaktifkan semula selesaikan isu kerakyatan kanak-kanak  
Next: Sidang DUN: Kadar premium tanah perlu ikut nilai semasa lokasi tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.