Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sidang DUN: Bina, naik taraf lima jalan penghubung baharu tangani isu kesesakan  
  • TEMPATAN

Sidang DUN: Bina, naik taraf lima jalan penghubung baharu tangani isu kesesakan  

Utusan Sarawak 2 years ago
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Chieng Jin Ek pada perbahasan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

KUCHING: Penduduk Sibu amat memerlukan pembinaan jalan baharu ekoran kesesakan lalu lintas di bandar ini telah menjadi isu yang serius.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Chieng Jin Ek berkata, dengan peningkatan jumlah kenderaan setiap tahun, kesesakan lalu lintas di Sibu telah menjadi isu yang serius dan pembinaan jalan baharu diperlukan segera.

“Saya gembira kerana Kerajaan Sarawak telah berjanji pada prinsipnya untuk membina tiga jalan penghubung baharu (new link roads) dan menaik taraf dua jalan di Sibu yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Ini termasuk pembinaan jalan penghubung baharu dari Bulatan Aman ke Jalan Tunku Abdul Rahman, jalan penghubung baharu dari Ulu Sungai Merah ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Teku, jalan penghubung baharu dari Teku Pasai Siong ke Kemuyang, menaik taraf Jalan Ulu Oya dari persimpangan trafik Jalan Tong Sang/Jalan Wong King Huo ke persimpangan trafik Jalan Pahlawan dan menaik taraf Jalan Kong Yit Khim daripada laluan kereta tunggal kepada laluan dua kereta (Fasa1).

“Dengan lima jalan penghubung baharu dan menaik taraf jalan ini, kesesakan lalu lintas di Sibu dijangka dapat dikurangkan dengan ketara.

“Rakyat sangat menantikan pelaksanaan jalan raya ini tidak lama lagi,” katanya pada perbahasan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Katanya lagi, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce sebagai salah satu jalan penghubung yang penting di Sibu, menghubungkan tebing barat daya dengan Jambatan Lanang, kawasan perindustrian lanang atas, Jalan Wong King Huo, Jalan Salim, dan kawasan lain ke JalanTunku Abdul Rahman.

“Selain itu, terdapat rancangan untuk membina Pusat Terminal Bas Sibu baharu di sepanjang jalan ini oleh pemaju dan Jawatankuasa Trafik Sibu telah mencadangkan tapak untuk terminal lori baharu di sepanjang jalan ini juga.

” Ini menunjukkan jumlah kenderaan yang tinggi dan keadaan jalan yang sibuk, yang hanya akan meningkat pada masa hadapan. Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce telah siap pada 2007, 16 tahun sehingga sekarang.

“Oleh kerana keadaan tanah, ia terletak di kawasan tanah gambut dengan jumlah lalu lintas yang tinggi, termasuk lori dan kenderaan berat, jalan raya kerap mengalami tenggelam dan kerosakan, yang membawa kepada kemalangan lalu lintas dan kerosakan kenderaan,” katanya.

Jelasnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu telah menjalankan penyelenggaraan jalan secara berkala, termasuk pembidaan baru-baru ini untuk projek menaik taraf sebahagian jalan yang dibiayai oleh MARRIS Maintenance.

“Walau bagaimanapun, untuk penyelesaian kekal menangani tenggelam dan kerosakan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, membina jalan bertimbun (piled road) sepenuhnya atau sebahagiannya akan menjadi penyelesaian terbaik.

“Saya akan mengemukakan cadangan kejuruteraan yang disediakan oleh JKR Sibu kepada kementerian berkaitan dan saya berharap Kerajaan Sarawak dapat menyelesaikan mimpi buruk rakyat Sibu yang berpanjangan ini,” katanya lagi.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Persidangan, Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 11-13 Jun 2024
Next: Sidang DUN: Rangka awal rangkaian laluan kereta api permudahkan kerjasama sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.