Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sid Sriram kembali ke Kuala Lumpur untuk konsert ‘Heart & Soul 4.0’
  • HIBURAN

Sid Sriram kembali ke Kuala Lumpur untuk konsert ‘Heart & Soul 4.0’

Utusan Sarawak 6 hours ago
POSTER konsert Heart & Soul 4.0′.

KUALA LUMPUR: Pemuzik India Selatan, Sidharth Sriram, atau lebih dikenali sebagai Sid Sriram, bakal kembali ke Malaysia bagi mengadakan konsert solo keempatnya berjudul ‘Heart & Soul 4.0’ di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 18 Julai ini.

Konsert yang dianjurkan oleh Woodmark Events dengan sokongan MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi itu merupakan penampilan keempat Sriram di Kuala Lumpur, sekali gus mencerminkan popularitinya yang semakin meningkat dalam kalangan peminat di Malaysia selepas tiga konsert terdahulu mencatatkan tiket habis dijual.

Dalam satu kenyataan, Woodmark Events berkata, edisi terbaharu ‘Heart & Soul’ itu meraikan hubungan erat yang telah dibina Sriram bersama-sama dengan peminatnya di Malaysia sejak beberapa tahun lalu.

PEMUZIK India Selatan, Sidharth Sriram.

“Setiap kunjungannya berjaya menarik kehadiran ribuan penonton, nyanyian beramai-ramai yang penuh semangat serta sambutan luar biasa daripada peminat di seluruh Malaysia dan juga dari luar negara,” menurut penganjur.

Dikenali kerana menggabungkan muzik klasik Carnatic India Selatan dengan elemen kontemporari R&B dan soul, Sriram mengukuhkan kedudukannya sebagai antara penyanyi latar paling mendapat permintaan dalam industri perfileman India. Beliau merakamkan lagu dalam bahasa Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada dan Hindi.

Penyanyi berusia 36 tahun yang berasal dari Chennai, Tamil Nadu itu diperkenalkan kepada dunia muzik oleh komposer tersohor India, A.R. Rahman, sebelum mencipta nama menerusi lagu latar sulungnya, Adiye daripada filem Tamil ‘Kadal’ yang ditayangkan pada 2013.

Tiket untuk konsert itu masih tersedia dalam jumlah terhad dan boleh dibeli menerusi  www.ticket2u.com.my. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peterpan buat kemunculan sulung di Kuching menerusi RiTC 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.