Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • SICTA kerjasama strategik perkukuh transformasi bandar pintar Sarawak
  • TEKNOLOGI

SICTA kerjasama strategik perkukuh transformasi bandar pintar Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAKAN KONGSI PENTING…Ugak memotong kek Sambutan Ulang Tahun Ke-25 SICTA di salah satu hotel terkemuka, di sini malam tadi. Foto Akun Giman

SIBU: Perjalanan Sarawak menuju bandar pintar dan lestari tidak dapat direalisasikan oleh kerajaan sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama strategik dengan rakan kongsi kukuh.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata antara rakan kongsi penting ialah Persatuan Teknologi Maklumat Sarawak (SICTA) yang sentiasa memahami keperluan tempatan, memperjuangkan inovasi serta memastikan kemajuan digital dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

“Dalam konteks itu, SICTA bukan sahaja meraikan legasinya pada ulang tahun ke-25, malah turut memposisikan dirinya sebagai rakan strategik dalam merealisasikan masa depan bandar pintar Sarawak sejajar dengan visi nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-25 SICTA di salah satu hotel terkemuka, di sini malam tadi.

Katanya, peranan SICTA sangat seiring dengan visi nasional yang telah ditetapkan semasa berlangsungnya Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 (SCEKL2025) pada 17 dan 18 September lalu.

“Acara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahin itu membawa tema ‘Bandar AI’ dan telah menetapkan hala tuju perjalanan Malaysia dalam transformasi bandar yang dipacu oleh digital dan kecerdasan buatan (AI),” ujarnya.

Ugak memetik ucapan Perdana Menteri yang mengingatkan bahawa transformasi digital dan AI bukan lagi idea yang jauh, tetapi realiti yang sedang dirintis bersama.

“Perdana Menteri menekankan bahawa bandar pintar yang sejati tidak ditentukan oleh teknologi semata-mata, tetapi mesti inklusif, mampan serta berakar umbi dalam budaya dan identiti.

“Menteri Digital Gobind Singh Deo turut mengetengahkan bagaimana ‘Bandar AI’ akan menerapkan AI merentasi sistem bandar untuk mewujudkan persekitaran yang lebih responsif, berdaya tahan dan berpusatkan keperluan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara AI menjelang 2030,” kata beliau.

Kementerian Digital turut menegaskan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan pemain industri seperti SICTA. 

“Antara bidang kerjasama yang dikenal pasti ialah membangunkan bakat digital bagi menyokong ekonomi Sarawak, memperluas keterangkuman digital ke kawasan luar bandar dan pedalaman, serta membina ekosistem inovasi tempatan yang berdaya saing di peringkat global.

“Usaha ini akan memastikan Sarawak bukan sahaja menjadi sebahagian daripada transformasi digital negara, malah tampil sebagai peneraju dalam mempamerkan model bandar pintar berteraskan AI yang mesra rakyat dan inklusif.

“Justeru, pada malam ini, SICTA bukan sahaja meraikan legasinya, tetapi juga memposisikan dirinya sebagai rakan penting dalam merealisasikan masa depan bandar pintar Sarawak sejajar dengan visi nasional Kota MADANI,” ujarnya.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Hort, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai, Pengerusi SICTA Sibu, Kong Sieng Kieng, Pengerusi Penganjur, Wong Ing Ang serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Semikonduktor perlukan inovasi berterusan, ketepatan tinggi – Rudi De Winter
Next: SICTA perkasa transformasi digital, sokong aspirasi PCDS 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.