Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sibujaya rai 30 tahun, dari kampung kecil ke bandar satelit moden Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Sibujaya rai 30 tahun, dari kampung kecil ke bandar satelit moden Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
(Berdiri dari kiri) Azman Hashim, Michael Tiang Ming Tee dan Tiong King Sing melakukan simbolik perasmian Majlis Kick-Off Sambutan Ulang Tahun Ke-30 SibuJaya dan Konsert Karnival Sibujaya 2025 di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim di sini, malam tadi.

SIBU: Sambutan ulang tahun ke-30 Sibujaya bukan sekadar mengenang perjalanan masa lalu, tetapi menandakan permulaan baharu ke arah pembangunan yang lebih makmur dan inklusif.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam tempoh tiga dekad, Sibujaya telah melalui pelbagai cabaran namun berjaya muncul sebagai bandar satelit moden yang menjadi nadi pertumbuhan wilayah tengah negeri ini.

“Daripada sebuah penempatan kecil dengan perumahan kos rendah, Sibujaya kini berkembang menjadi komuniti moden yang dihuni lebih 35,000 penduduk.

“Sibujaya bukan sahaja menampilkan pembangunan yang pesat, tetapi juga keseimbangan antara kemudahan awam, keharmonian sosial dan kualiti hidup penduduknya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang pada Majlis Kick-Off Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Sibujaya dan Konsert Karnival Sibujaya 2025 di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, malam tadi.

Menurut Abang Johari, kejayaan pembangunan Sibujaya adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Amcorp Group, pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat.

Antara projek penting yang telah mengubah landskap Sibujaya termasuk Pelan Induk SibuJaya 2005, pembinaan Jambatan Durin, kemudahan pendidikan, Masjid Al-Madinah Al-Husna serta pelbagai kemudahan perkhidmatan awam.

Suasana Konsert Karnival Sibujaya 2025 yang cukup meriah.

Katanya, kerajaan negeri berhasrat memastikan Sibujaya terus seiring dengan agenda pembangunan Sarawak melalui empat fokus utama iaitu perumahan, industri, sukan dan rekreasi, serta kemudahan awam dan sosial.

“Kerajaan juga mahu menjadikan Sibujaya sebagai hab sukan dan rekreasi zon tengah Sarawak, di samping menarik pelaburan baharu dalam industri moden dan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amcorp Berhad, Tan Sri Azman Hashim, dalam ucapannya berkata, Sarawak bertuah mempunyai Premier yang komited dan berwawasan dalam memacu kemajuan negeri menerusi slogan ‘Sarawak Maju Makmur’.

Menurutnya, pelbagai inisiatif pembangunan yang diperkenalkan kerajaan negeri turut memberi manfaat langsung kepada Sibujaya, termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, peningkatan ketersediaan penerbangan melalui Air Borneo serta pemantapan infrastruktur digital bagi capaian internet berkelajuan tinggi.

“Premier Sarawak turut memberi keutamaan kepada penggunaan Bahasa Inggeris dan pendidikan tinggi percuma, langkah yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.

Azman berkata, pembangunan menyeluruh yang dilaksanakan di Sarawak wajar dijadikan model sosio-politik-ekonomi untuk dicontohi di negeri lain termasuk di Semenanjung Malaysia.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing, serta kenamaan lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelajar digesa hargai jasa guru dan ibu bapa menjelang SPM
Next: Galaxtikos juara Pertandingan Futsal Terbuka Kampung Tabo Mukah 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.