Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sibu tuan rumah Sidang Kemuncak Orang Pekak Malaysia Pertama, September ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Sibu tuan rumah Sidang Kemuncak Orang Pekak Malaysia Pertama, September ini

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK KENANGAN….Datuk Mohammad Razi Sitam merakam kenangan bersama yang lain selepas sidang media penganjuran acara tersebut di hotel Kingwood Sibu.

SIBU: Sibu akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Orang Pekak Malaysia Pertama pada 26 hingga 28 September Ini.

Acara yang julung kalinya diadakan itu akan berlangsung di Hotel Kingwood, sebagai usaha untuk memperkasa komuniti pekak dan mempromosi inklusiviti, Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia (DAWN).

Acara bersejarah ini dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Komuniti Pekak Sarawak (SDCSA) dan menandakan langkah penting ke arah memperkukuh hak dan kesejahteraan komuniti Pekak di Malaysia.

Menampilkan tema ‘Masa Depan Inklusif: Memperkasa Akses dan Kesaksamaan untuk Komuniti Pekak,’ sidang kemuncak ini akan membincangkan pelbagai isu kritikal termasuk pendidikan inklusif, akses kepada penjagaan kesihatan, maklumat awam, perkhidmatan jurubahasa isyarat, pemerkasaan undang-undang serta pemeliharaan budaya dan bahasa isyarat.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, mereka menyasarkan untuk mencapai 300 hingga 400 peserta untuk sidang kemuncak ini, yang mana beberapa kertas kerja akan dibentangkan dalam tempoh dua hari.

“Topik yang diketengahkan Penyelesaian Penciptaan Pekerjaan untuk Orang Pekak, Mempromosikan Hak Bahasa Isyarat dan Memperkukuh Komuniti Pekak di Indonesia, Asas Linguistik dan Transformasi Undang-undang Bahasa Isyarat Filipina.”

“Turut ditampilkan, Perkhidmatan Pentafsiran Bahasa Isyarat di Thailand: Peranan, Cabaran dan Laluan Pembangunan untuk Jurubahasa Pekak dan Pendengaran,” katanya pada sidang media penganjuran acara tersebut di hotel Kingwood, di sini petang tadi.

Beliau berharap sidang kemuncak tersebut akan menjadi platform menangani isu dan meneroka peluang untuk pembaharuan sistemik.

“Ini adalah peluang penting bagi penyelidik, peguam bela, pendidik, penggubal dasar dan komuniti Pekak itu sendiri untuk berkumpul dan membincangkan penyelesaian yang akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih inklusif dan saksama,” katanya.

Razi berkata, ketidakbolehcapaian maklumat undang-undang menghalang orang pekak daripada memahami sepenuhnya dan melaksanakan hak mereka di bawah undang-undang Malaysia, yang membawa kepada peminggiran berterusan.

“Itulah sebabnya di bawah inisiatif SEDIDIK kami, kementerian kami telah memperkenalkan Pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia kepada kanak-kanak sebagai sebahagian daripada inisiatif keterangkuman oleh kerajaan.

“Kementerian kita melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), telah membantu 14,675 orang kurang upaya melalui bantuan bulanan, yang mana 3,445 daripada mereka dapat bekerja dalam pelbagai sektor,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: UKAS anjur Karnival Sukan Media Sarawak 2025 Zon Tengah sempena HAWANA
Next: Abang Johari bakal saksikan perebutan ‘Raja Sungai’ Regata Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.