Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sibu miliki 1,063 jawatan KMKK, bukti pengukuhan kepimpinan akar umbi
  • Tengah
  • WILAYAH

Sibu miliki 1,063 jawatan KMKK, bukti pengukuhan kepimpinan akar umbi

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee. Foto Jabatan Penerangan

SIBU: Sebanyak 60 jawatan Ketua Masyarakat (KM) dan 1,003 jawatan Ketua Kaum (KK) telah diwujudkan di bahagian Sibu sebagai usaha memperkukuh sistem kepimpinan masyarakat di peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, pewujudan jawatan itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap komuniti mempunyai saluran kepimpinan yang berkesan bagi menghubungkan kerajaan dengan rakyat.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, Daerah Sibu mempunyai 35 jawatan Ketua Masyarakat dan 380 jawatan Ketua Kaum, diikuti Kanowit dengan 15 jawatan Ketua Masyarakat serta 348 Ketua Kaum, manakala Selangau mempunyai 10 Ketua Masyarakat dan 275 Ketua Kaum.

“Kerajaan juga telah mengemukakan cadangan penambahan jawatan baharu bagi memenuhi keperluan semasa iaitu enam jawatan Ketua Masyarakat dan 32 Ketua Kaum di Daerah Sibu, tujuh Ketua Masyarakat dan 70 Ketua Kaum di Kanowit serta satu Ketua Masyarakat dan 10 Ketua Kaum di Selangau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Bahagian Sibu 2026, di Hotel Kingwood, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, peranan KMKK kini semakin penting kerana bukan sahaja menjadi wakil masyarakat, malah bertindak sebagai penghubung utama antara kerajaan dengan rakyat serta menyampaikan segala keperluan dan permasalahan masyarakat kepada pihak berkaitan.

Beliau turut berkata, kerajaan sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan KMKK, yang dapat dilihat menerusi peningkatan kadar elaun dari semasa ke semasa, termasuk kenaikan purata RM400 sebulan yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Katanya, susulan penyelarasan itu, elaun Temenggong meningkat kepada RM2,000 sebulan, Pemanca RM1,700, Penghulu RM1,500, manakala Ketua Kaum menerima RM1,300 sebulan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan turut memperkasakan sistem pentadbiran KMKK melalui penggunaan Sistem e-Ketua Masyarakat (e-SKM) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan data, ketelusan pentadbiran serta mempercepat penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau berharap semua KMKK terus berganding bahu dengan agensi kerajaan dalam memastikan agenda pembangunan di bahagian Sibu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPS jelas pelaksanaan penuh sistem parkir pintar
Next: Mangsa kebakaran Rumah Henry Gomes terima bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.