Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sibu Jaya buat julung kali terpilih lokasi sambutan Ambang Tahun Baharu
  • SEMASA

Sibu Jaya buat julung kali terpilih lokasi sambutan Ambang Tahun Baharu

Utusan Sarawak 5 months ago
DATUK Seri Tiong King Sing meninjau tapak bagi acara Ambang Tahun Baru 2025 anjuran Motac, serta aktiviti lain yang akan bermula pada 27 Disember ini.

SIBU: Buat julung kalinya, Sibu Jaya akan menjadi lokasi sambutan Ambang Tahun Baru 2025 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, acara tersebut akan berlangsung di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim dari 27 hingga 31 Disember, dan dijangka menarik kehadiran kira-kira 10,000 peserta.

Bertemakan “Sibu Carnival: Celebrating 2025 Together”, karnival tersebut dijanjikan sebagai sebuah acara kebudayaan yang luar biasa, menggabungkan makanan, budaya, dan hiburan.

“Kami akan menyediakan sekitar 100 gerai yang menawarkan pelbagai juadah daripada komuniti Melayu, Iban, dan Cina.

“Sebanyak 30 peratus kuota akan diberikan kepada setiap kumpulan peniaga Melayu, Iban, dan Cina, manakala 10 peratus lagi untuk komuniti lain, menggambarkan komitmen terhadap inklusiviti budaya

“Masuk ke acara ini adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada malam kemuncak 31 Disember, katanya, persembahan daripada artis terkenal Malaysia serta pertunjukan bunga api bakal menjadi tarikan utama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu turut menekankan bahawa acara ini akan menonjolkan kekayaan warisan pelbagai budaya Sarawak, sekali gus memupuk penghargaan terhadap identiti unik negeri itu.

“Sibu adalah simbol kepelbagaian budaya Malaysia, menjadikannya lokasi ideal untuk mempamerkan makanan dan tradisi tempatan,” katanya.

Beliau percaya bahawa makanan tempatan bukan sahaja mencerminkan budaya tetapi juga mampu menjadi pemacu ekonomi dan menyokong perniagaan kecil.

“Ini lebih daripada sekadar sambutan Tahun Baru; ia adalah platform untuk menyokong peniaga makanan tempatan dan mempromosikan warisan budaya kita,” tambahnya lagi.

Sepanjang acara, Motac turut akan menayangkan video promosi bagi kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dan Asean 2025, yang menekankan peranan penting Sarawak dalam kerjasama serantau dan promosi antarabangsa.

Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk menyertai atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan gerai dan persembahan boleh menghubungi 013-555 2313 (Mike) atau 013-818 5600 (Agatha).

Permohonan akan diproses berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat.

“Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan, kemudahan parkir yang mencukupi, kebersihan, serta perkhidmatan perubatan di lokasi akan disediakan.

“Pasukan polis dan sukarelawan akan bekerjasama dengan penganjur bagi memastikan pengurusan orang ramai dan lalu lintas berjalan lancar sepanjang acara.

“Saya amat menantikan kehadiran anda semua di Sibu untuk merasai kehangatan dan kemeriahannya ketika kita bersama-sama menyambut 2025 dengan penuh harapan dan kegembiraan,” ujarnya lagi.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Parlimen: DRR, isu Kampung Bharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next: 422 kanak-kanak dalam senarai menunggu OSEIC Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.