Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sibu International RC Powerboat Race 2025 cipta rekod catat 759 penyertaan
  • SUKAN

Sibu International RC Powerboat Race 2025 cipta rekod catat 759 penyertaan

Utusan Sarawak 2 days ago
UNTUK KENANGAN…. Porkan (duduk tengah) merakam kenangan selepas merasmikan Sibu International RC Powerboat Race River Challenge 2025 di Pulau Li Hua, Tebingan Sibu, hari ini.

SIBU: Sibu International RC Powerboat Race River Challenge 2025 mencipta sejarah tersendiri apabila mencatatkan penyertaan sebanyak 759 bot kawalan jauh sepanjang empat hari penganjuran, bermula 24 hingga 27 Julai ini.

Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, dengan penyertaan luar biasa ini, Sibu bakal tercatat dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Most Remote Control Boats in a Single Event.’

“Majlis penyampaian sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records akan diadakan pada majlis penangguhan pada petang Ahad kelak,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian acara tersebut di Pulau Li Hua, Tebingan Sibu, hari ini.

SEKITAR KEMERIAHAN.…Sibu International RC Powerboat Race River Challenge 2025 di Pulau Li Hua, Tebingan Sibu, hari ini.

Katanya, pencapaian ini bukan sahaja membanggakan bagi Bahagian Sibu, malah merupakan pengiktirafan besar kepada Sarawak dan Malaysia dalam memartabatkan sukan rekreasi air bertaraf antarabangsa.

“Sehubungan itu, saya menyeru semua peserta agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekretariat dan pegawai perlumbaan sepanjang tempoh acara ini agar usaha kita untuk mencipta rekod berprestij ini dapat direalisasikan dengan jayanya,” ujarnya.

Katanya, peserta yang menyertai edisi kali ini bukan sahaja datang dari seluruh pelosok Sarawak dari Kuching hingga Limbang, bahkan turut melibatkan penyertaan dari negeri lain seperti Perlis, Selangor, Sabah dan Labuan.

“Kehadiran anda semua membuktikan bahawa acara ini bukan sekadar sebuah pertandingan sukan. 

“Ia adalah platform integrasi komuniti, pemangkin pelancongan, dan pemacu ekonomi tempatan yang memberi impak positif kepada masyarakat dan bandar Sibu secara keseluruhan,” kata beliau.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) atas geran RM100,000 bagi menyokong penganjuran ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai, Setiausaha Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian Sibu merangkap Ketua Sekretariat Sibu International RC Powerboat Race, Maria Nadja Jimmy serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Rashford tak simpan dendam terhadap United, kini selesa bersama Barcelona
Next: National 7s 2025: Sarawak hantar pasukan lengkap ke Terengganu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.