Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sibu hantar barisan terbaik ke kejohanan badminton peringkat negeri di Miri Mei depan
  • SUKAN

Sibu hantar barisan terbaik ke kejohanan badminton peringkat negeri di Miri Mei depan

Utusan Sarawak 4 hours ago
UNTUK KENANGAN... Para pemenang merakam kenangan bersama pihak penganjur.

SIBU: Sekumpulan pemain badminton telah dipilih untuk mewakili Sibu dalam kejohanan badminton peringkat negeri akan datang, yang dijadualkan berlangsung di Miri pada Mei depan.

Pemilihan pemain adalah berdasarkan prestasi mereka dalam Kejohanan Badminton Antara Sekolah Rendah dan Menengah Bahagian Sibu yang berakhir di sini, semalam.

Dalam kategori Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun (U-18), Adam Wong muncul juara, diikuti oleh Bryan Choo, Joseph Ngien dan Alson Yong.

Bagi kategori Perseorangan Perempuan U-18, Yuki Leong JaesieMaria menjadi juara, diikuti oleh Abbie Wong, Angela Hiing dan Emily Ting.

Dalam kategori Beregu Lelaki U-18, pasangan Adam Wong/Thomas Junior Ling muncul juara, diikuti oleh Alson Yong/Josh Lee, Gilbert Yong/Vincent Teng dan Bryan Choo/Elbert Wong.

Bagi kategori Beregu Perempuan U-18, pasangan Abbie Wong/Yuki Leong menjadi juara, diikuti oleh Angela Hiing, Emily Ting, Carmen Lee/Ling Li Lin dan Esther Su/Shatina Tang.

Bagi kategori Perseorangan Lelaki Bawah 15 Tahun (U-15), Jonathan Chiong muncul juara, diikuti oleh Hii Neng Hao, Dominic Eu dan Clement Lee.

Dalam kategori Perseorangan Perempuan U-15, Chanel Law menjadi juara, diikuti oleh Samantha Kong, Olivia Wong, Sii Yee Tian dan Jollene Goh.

Bagi kategori Beregu Lelaki U-15, pasangan Dominic Eu/Hii Neng En muncul juara, diikuti oleh Clement Lee/Jonathan Chiong, Hii Neng Hao/Jayden Loi dan Lincoln Ling/Samuel Chan.

Bagi kategori Beregu Perempuan U-15, pasangan Hailey Hii/Samantha Kong menjadi juara, diikuti oleh Nyishee Lim/Olivia Wong, Jacquline Yii/Odelia Toh dan Jenny Leong/Kaylee Ashlynn.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: City – Liverpool tumpuan, Arsenal buru treble

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.