Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sibu Esports Festival 2025 jangka tarik 2,000 penggiat e-sukan
  • SUKAN

Sibu Esports Festival 2025 jangka tarik 2,000 penggiat e-sukan

Utusan Sarawak 15 hours ago
HAIDER Kowel Bete (empat dari kiri) bersama yang lain pada sidang media, hari ini.

SIBU: Dianggarkan seramai 2,000 penggiat sukan elektronik dari dalam dan luar negara bakal memeriahkan Sibu Esports Festival (SIESF) 2025 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 Jun ini di Stadium Tertutup Sibu.

Penyelaras program, Haider Kowel Bete, berkata festival ini merupakan antara acara e-sukan terbesar di Wilayah Tengah Sarawak dengan penyertaan pasukan dari Indonesia, Brunei, Thailand serta Semenanjung Malaysia.

“Setakat ini, penyertaan bagi kategori PUBG Mobile telah mencapai kapasiti maksimum iaitu 256 skuad. Bagi Mobile Legends: Bang Bang, sebanyak 81 skuad telah mendaftar, manakala Efootball Mobile mencatatkan 91 peserta dan Efootball Console seramai 27 peserta,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Menurut beliau, penyertaan bagi kategori lain masih dibuka kecuali PUBG Mobile yang telah penuh.

Festival ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Sibu dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Sibu (SDESA) dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000.

Hadiah tersebut meliputi RM25,000 bagi PUBG Mobile, RM15,000 untuk Mobile Legends: Bang Bang serta RM5,000 masing-masing bagi Efootball Mobile dan Efootball Console.

Majlis perasmian festival akan disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada 27 Jun, manakala majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing pada 29 Jun.

Selain pertandingan e-sukan, pelbagai acara sampingan turut dianjurkan termasuk Byte Odyssey Run, iaitu larian sejauh lima kilometer yang akan berlangsung pada awal pagi 28 Jun bermula dan berakhir di lokasi festival.

“Penyertaan untuk larian ini masih dibuka. Borang penyertaan boleh diperoleh menerusi laman Facebook Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Sibu. Hadiah wang tunai dan cabutan bertuah berupa peralatan sukan turut menanti peserta,” tambah Haider.

Sebagai inisiatif memperkasa belia dan komuniti setempat, festival ini turut menampilkan Pameran Kerjaya dan TVET serta Karnival Usahawan Sibu yang menghimpunkan 25 usahawan tempatan dengan pelbagai jualan makanan dan minuman.

Satu lagi acara menarik ialah Paradise Motorsport Gathering yang akan berlangsung pada petang 28 Jun di kawasan parkir stadium dengan jangkaan penyertaan lebih 1,000 motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Sarawak, selain kehadiran ikon permotoran tempatan.

Kemuncak festival akan diserikan dengan Konsert Hiburan pada malam 28 Jun, menampilkan barisan artis dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Sarawak 2025: Sri Aman letak harapan mara ke final
Next: Kerajaan Sarawak terus komited sedia fasiliti sukan berkualiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.