Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sibu bakal jadi hab kandungan digital dan kreatif Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Sibu bakal jadi hab kandungan digital dan kreatif Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
TIANG (empat kanan) sambil disaksikan kenamaan lain melakukan simbolik perasmian NMCCC 2025 di Sibu, hari ini.

SIBU: Kerajaan Sarawak menegaskan komitmen penuh dalam memperkasa industri kandungan digital dan kreatif menerusi sokongan Sarawak Multimedia Authority (SMA) sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Pelan Induk Ekonomi Digital Negeri.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang, berkata usaha tersebut dilihat mampu menjadikan Sibu sebagai pusat himpunan pencipta kandungan, inovator dan usahawan digital.

“Hasrat kita adalah menjadikan Sibu sebagai pusat bertemu para pencipta kandungan, inovator dan usahawan untuk bertukar idea, menjalin kerjasama, serta meneroka peluang baharu dalam dunia digital,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Multimedia dan Pencipta Kandungan Kebangsaan (NMCCC) 2025 yang menghimpunkan lebih 300 peserta termasuk penceramah industri, penggiat media sosial dan pengamal kreatif dari seluruh negara di salah satu hotel terkemuka di sini, hari ini.

Menurut Tiang, teknologi kini sudah sebati dengan kehidupan seharian, malah kecerdasan buatan (AI) menjadi pemacu utama dalam cara manusia bekerja, berhubung dan berhibur. Katanya, AI sudah berada dalam genggaman setiap orang melalui telefon pintar, membuktikan betapa pantas teknologi berkembang.

Namun, ujarnya, teknologi tidak akan memberi impak besar tanpa kandungan yang kreatif dan berkualiti kerana ia menjadi nadi yang menghidupkan platform digital.

TIONG (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tiang yang menyempurnakan perasmian NMCCC 2025 di Sibu, hari ini.

“Tanpa kandungan menarik, teknologi akan hambar. Kandunganlah yang memberi makna dan jiwa kepada teknologi. Ia memacu industri hiburan, muzik, multimedia, malah menjadi lambang kreativiti manusia yang menjadi daya penggerak utama kepada inovasi dan pertumbuhan ekonomi,” tambahnya.

Beliau menegaskan, untuk menjadikan Sibu sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi, aspek penceritaan yang baik perlu diberi penekanan.

Produk atau jenama yang dibangunkan dengan naratif yang kuat, katanya, akan mempunyai nilai lebih tinggi bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Tiang berharap agar platform ini melahirkan lebih banyak kolaborasi, persahabatan dan kejayaan baharu yang akhirnya dapat mengangkat nama Sarawak, khususnya Sibu, ke tahap lebih tinggi dalam dunia digital.

“Bersama-sama, marilah kita menjadi rakan seperjuangan dalam mencorakkan masa depan, sama ada dalam bidang teknologi, perniagaan mahupun industri kreatif,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting dan Presiden Persatuan Pengamal Digital Multimedia Sibu Tiong Hua Kiong.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Kalaka terus terima manfaat RTP, dua projek baharu dimulakan
Next: Pastikan keperluan rakyat diberi perhatian sewajarnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.