Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Siasatan terhadap Jho Low masih aktif – Ketua Polis Negara
  • NASIONAL

Siasatan terhadap Jho Low masih aktif – Ketua Polis Negara

Utusan Sarawak 5 hours ago
 DATUK Seri Mohd Khalid Ismail

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan siasatan terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, masih aktif dan belum ditutup.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa meneliti setiap perkembangan terkini dan akan  mengambil tindakan sewajarnya mengikut keperluan siasatan.

“Siasatan terhadap individu terbabit masih berjalan seperti yang dimaklumkan sebelum ini dan perkara ini tidak perlu diperincikan secara terbuka,” katanya ketika ditanya mengenai status siasatan terhadap Jho Low pada sidang media di sini hari ini.

Jho Low dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, terdapat dakwaan menyatakan Jho Low menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China menggunakan pasport Australia palsu.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan hasil semakan dan maklumat yang diterima setakat ini, tidak menemukan sebarang bukti atau fakta sahih berhubung lokasi semasa Jho Low mahupun penggunaan pasport oleh individu berkenaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: 31 individu termasuk enam bawah umur ditahan terbabit jenayah seksual kanak-kanak dalam talian – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.