Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Siasatan kes pelaburan RM1.1 bilion kini di peringkat akhir – Azam Baki
  • NASIONAL

Siasatan kes pelaburan RM1.1 bilion kini di peringkat akhir – Azam Baki

Utusan Sarawak 4 hours ago
BEKAS Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli bercakap kepada pemberita sebaik tiba di pekarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, bagi menyambung proses merekod keterangan kali ketiga berhubung kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Siasatan kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion melibatkan perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dengan Arm Holdings dari United Kingdom kini di peringkat akhir.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata  setakat ini, 22 saksi telah dipanggil antaranya bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan penganalisis politik Chai Jin Shern atau James Chai bagi membantu siasatan.

“Pada saya, siasatan ini hampir penghujungnya dan setakat ini dua saksi sahaja yang betul perlu kita rakam (keterangan) iaitu seorang di Taiwan dan seorang dalam negara. 

“Yang lain itu nanti dan pada saya, dalam tempoh terdekat inilah saya jangka kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan terpulanglah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menentukan sama ada ada kes ataupun tidak,” katanya pada sidang media berhubung pemulangan karya seni berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini, SPRM mengenal pasti dua individu untuk dicadangkan pertuduhan bagi kes berkenaan dan terpulang kepada pihak Peguam Negara untuk menentukannya pada masa akan datang.

Ditanya siapakah dua individu yang bakal dituduh itu, beliau berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan perkara berkenaan.

“Itu saya tidak boleh nyatakan dan sekiranya ada kesalahan (mereka) akan dituduh. Kalau tidak ada, kita akan umumkan sepertimana biasa dan pengurusan akan datang akan mengumumkan ada kes atau pun tidak,” katanya.

Mengenai proses mengambil keterangan Rafizi, beliau menjangkakan ia akan berakhir hari ini.

“Fokus siasatan kita adalah terhadap Seksyen 23 Akta SPRM 2009 iaitu membabitkan penyalahgunaan kuasa, kes penipuan Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan juga pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Sebelum ini, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Hafaz Nazar mengesahkan akan memanggil Rafizi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut yang dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan salah guna jawatan atau kedudukan untuk suapan.

SPRM membuka kertas siasatan kes itu pada 16 Februari lepas susulan aduan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian projek dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberikan kesan kewangan kepada kerajaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bernama anjur Forum Media Hawana esok, bincang isu berkaitan industri
Next: HAWANA 2026 platform strategik perkukuh landskap media negara 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.