Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Siasatan kes dera Sibu perlu disegerakan, elak keadilan tertangguh – Fatimah
  • TEMPATAN

Siasatan kes dera Sibu perlu disegerakan, elak keadilan tertangguh – Fatimah

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika sidang media Sukan Para ASEAN di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

PETRA JAYA: Proses siasatan berhubung kes penderaan yang tular di Sibu perlu disegerakan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan dengan pantas, khususnya memandangkan kes tersebut melibatkan kanak-kanak dan kehilangan nyawa.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tindakan yang cepat, cekap dan tepat amat penting bagi memastikan keadilan tidak tertangguh serta keyakinan orang awam terhadap sistem perundangan terus terpelihara.

“Apabila sesuatu kes sudah berada di bawah tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kita berharap siasatan dapat dijalankan dengan segera, telus dan profesional,” katanya ketika aidang media semasa sidang media Sukan Para ASEAN di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kelewatan dalam siasatan dan pendakwaan boleh menjejaskan keadilan, lebih-lebih lagi apabila kes berkenaan melibatkan penderaan terhadap kanak-kanak.

“Prinsipnya jelas, keadilan yang dilewatkan adalah keadilan yang dinafikan. Sebab itu kita berharap bukan sahaja siasatan dapat disegerakan, malah proses seterusnya termasuk pendakwaan dan perbicaraan di mahkamah dapat dilaksanakan tanpa kelewatan,” katanya.

Menurut beliau, kementeriannya memandang serius sebarang bentuk keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita serta mengambil pendirian tegas menentang keganasan fizikal, seksual dan emosi.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan pelaporan awal oleh masyarakat sekiranya terdapat maklumat berkaitan penderaan bagi membolehkan tindakan pantas diambil oleh pihak berkuasa.

“Pelaporan adalah langkah pertama. Sama ada kepada polis, guru kaunseling di sekolah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tanpa laporan, penderaan boleh berlarutan sehingga membawa kepada kejadian yang lebih tragis,” katanya.

Beliau berkata, usaha membanteras keganasan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, ahli keluarga, pendidik dan masyarakat bagi memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa terjamin.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili memaklumkan polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung satu kes tular melibatkan dakwaan pengabaian dan penganiayaan terhadap seorang wanita, yang disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pembangunan Tapak Kaul Oya ditangguh susulan penemuan gas metana
Next: JKR Sarawak catat sejarah kendali 15,107 projek bernilai RM72.7 bilion sepanjang RMK12

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.