Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Siasatan kes akaun bank luar negara PM Anwar selesai pada 2022 – SPRM
  • NASIONAL

Siasatan kes akaun bank luar negara PM Anwar selesai pada 2022 – SPRM

Utusan Sarawak 2 weeks ago
SPRM mengesahkan siasatan kes akaun bank luar negara yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai pada 2022.


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan kes akaun bank luar negara yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai pada 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM mengambil maklum kandungan tular di aplikasi TikTok berhubung dakwaan terhadap Anwar yang dikatakan memiliki 20 akaun bank luar negara termasuk di Israel, seperti disebut dalam satu sidang Parlimen pada 2013.

“SPRM ingin menegaskan bahawa siasatan terhadap dakwaan tersebut telah dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1999. 

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti atau keterangan yang boleh mengaitkan beliau dengan kesalahan jenayah rasuah atau salah guna kuasa pada ketika itu,” menurut kenyataan itu. 

SPRM memaklumkan penjelasan mengenai hasil siasatan tersebut turut dinyatakan dalam akuan bersumpah oleh bekas Pengarah Siasatan BPR Datuk Abdul Razak Idris yang dibuat pada 2009.

“Sebagai rekod, pihak WikiLeaks juga telah menafikan pernah menyiarkan sebarang senarai akaun bank milik Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didakwa semasa sidang Parlimen berkenaan sebagaimana berita disiarkan di akhbar Harian Metro bertajuk “Dah 5 tahun baru Wikileak nafi” bertarikh 5 Oktober 2018,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, SPRM mengingatkan semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi boleh mengelirukan masyarakat atau menjejaskan reputasi mana-mana individu tanpa asas yang sah. 

“Penyebaran maklumat tidak sahih boleh menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam.

“SPRM kekal komited untuk menjalankan siasatan secara bebas, telus dan berintegriti selaras dengan undang-undang negara,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sistem pelayan inisiatif BUDI95 mampu proses 30,000 transaksi seminit – PM Anwar
Next: BUDI95: Nelayan, pemilik bot tiada lesen memandu boleh buat rayuan – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.