PANDORA’S Box, mitos yang menyelitkan pengajaran berguna.
SIASAH negara tidak pernah mengalami teduh berpanjangan daripada polemik dan kontroversi. Kerap kali rakyat dihadirkan dengan pelbagai perkembangan dan pergolakan yang merimaskan. Apatah lagi pada saat negara masih bertarung untuk meneduhkan landaan epidemik Covid-19.
Terbaharu, isu berhubung “Kertas Pandora” yang me- rupakan pendedahan terkini berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan offshore yang merujuk kepada syarikat berpangkalan di negara luar, mempunyai rangkaian dan struktur yang kompleks diwujudkan merentasi sempadan bagi menyembunyikan pemilikan kekayaan dalam bentuk wang dan aset.
Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) mendedahkan, ratusan pemimpin dunia, ahli politik berpengaruh, bilionair, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah telah menyembunyikan kekayaan mereka sejak 25 tahun lepas. Mereka didakwa melakukan pelaburan dalam bidang hartanah eksklusif dan aset lain termasuk kapal layar.
Pendedahan Kertas Pandora dilakukan oleh ICIJ yang mana siasatan berkaitan dokumen tersebut diketuai oleh media dari United Kingdom iaitu BBC Panorama dan Guardian. Kertas laporan tersebut didedahkan kepada umum menerusi laman web ICIJ selepas lebih sebulan menganalisis dokumen diperoleh. Menurut laporan ICIJ, siasatan Kertas Pandora mendedahkan bagai- mana bank dan firma guaman bekerjasama dengan offshore untuk menghasilkan struktur syarikat korporat yang kompleks. Penyedia perkhidmatan offshore tidak me- ngenali pelanggan di samping memastikan tidak ber- urusan dengan golongan yang banyak mengutarakan soalan.
Data diperoleh turut men- dedahkan kaedah penyedia amanah Amerika Syarikat (AS) mengambil kesempatan terhadap undang-undang sesebuah negeri yang mempromosikan kerahsian bagi membantu pelanggan dari luar negara menyembunyikan kekayaan mereka untuk mengelak cukai di negara masing-masing. Kertas Pandora mengandungi maklumat pasport, kenyataan bank, pengisytiharan cukai, rekod syarikat, kontrak hartanah dan soalan wajar.
ICIJ mengambil masa lebih setahun mengkaji, mengalisis dan menyusun semula fail berjumlah 11.9 juta tersebut. Kerja-kerja yang melibatkan tiga elemen utama iaitu wartawan, teknologi dan masa.
Usul membahaskan pendedahan Kertas Pandora didakwa membabitkan fail kewangan sulit bebe- rapa pemimpin negara yang dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Peraturan 90 (1) dan 90 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ditolak atas alasan tidak lengkap. Namun demikian, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Kertas Pandora. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memberikan jaminan itu berkata, ke- rajaan tidak akan menyekat tindakan pihak berkuasa sekiranya mempunyai bukti kukuh. Tegas beliau, kerajaan bersikap terbuka jika didapati ada kes terhadap sesiapa sahaja pun. Jelas beliau lagi, pihak berkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membaca serta meneliti laporan di samping berita yang dikeluarkan. Terse- rah pada pihak berwajib ber- kenaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Apa-apapun tindakan yang diambil berdasarkan keabsahan maklumat yang diperoleh selaras dengan peruntukan undang-undang negara, aspek penting yang perlu diberikan penekanan adalah ketelusan. Ketelusan dalam konteks ‘pembongkaran’ salah laku tanpa mengambil kira status atau keelitan kedudukan individu yang terbabit, di samping penyaluran dapatan hasil siasatan kepada masyarakat umum.
Namun persoalan yang ingin dibangkitkan lewat wacana ini adalah, siapakah Pandora? Apakah yang menyebabkan namanya ditautkan dalam kes yang sedemikian sifatnya? Andai dikaji sejarah Yunani (Greek) kuno, ialah watak dalam mitologi Yunani kuno, seperti yang dirakam dalam kumpulan puisi epik Hesiod, Thogony dan Work of Days yang ditulis pada abad ke-7 Sebelum Masihi.
Menurut Hesiod, apabila Prometheus (Dewa Api dalam mitologi Yunani), mencuri api dari syurga, Zeus (Raja Dewa Gunung Olympus) membalas dendam de- ngan menyerahkan Pandora kepada Epimetheus (saudara Prometheus).
Pandora telah membuka penutup sebuah balang atau tempayan (jar) yang hak penjagaan dan penyimpanannya dipertanggungjawabkan kepada- nya akibat desakan perasaan untuk mengetahui kandu- ngan yang tersimpan dalam balang berkenaan. Perbuatan Pandora telah menyebabkan unsur-unsur penyakit, kematian serta kemudaratan dan kejahatan lain yang tersimpan di dalam balang tersebut ‘terlepas’ bebas ke dunia. Walaupun Pandora berteka-teki untuk menutup semula balang tersebut, namun terdapat satu unsur yang tertinggal, iaitu, harapan (Hope).
Daripada mitos ini, terbit idiom, “membuka kotak Pandora” (to open a Pandora’s box) yang membawa maksud melakukan atau me- mulakan sesuatu yang bakal menimbulkan masalah luar jangka. Walaupun dalam idiom berkenaan perkataan ‘kotak’ digunakan, akan tetapi, berpandukan hasil karya Hesiod, benda yang dimaksudkan berupa balang atau pithos dalam bahasa Greek, yang secara amalannya digunakan untuk menyimpan arak, minyak, bijian serta bahan keperluan lain. Dalam upacara ritual, balang sedemikian digunakan untuk menyimpan mayat manusia dalam upacara pengkebumian. Kekeliruan dari segi penterjemahan berlaku disebabkan penggunaan perkataan pyxis yang bermaksud ‘kotak’ oleh Eramus dalam Adgia (1508), yang menyentuh tentang kisah Pandora dalam versi Latin.
Dua elemen menarik yang tersirat untuk diperkatakan lewat kisah Pandora adalah soal kebertanggungjawaban dan kawalan nafsu. Kebertanggungjawaban menjaga sesuatu yang diletakkan di bawah penjagaannya. Dalam konteks yang lebih meluas, kebertanggungjawaban merentas pelbagai bidang dan tidak hanya menjurus kepada ‘penjagaan barangan’ seperti yang te- rakam dalam kisah Pandora. Kebertanggunjawaban dalam institusi kekeluargaan, kemasyarakatan, pekerjaan, dan malah kenegaraan. Apa-apa juga tangggungjawab yang telah diamanahkan wajar dipikul dengan penuh kejujuran dan ketulusan, atau integriti. Namun, ketidakpatuhan penunaian ama- nah sering berlaku, lebih- lebih lagi apabila membabitkan kepentingan peribadi dan kekuasaan. Hal yang memburukkan lagi keadaan adalah apabila ketidakpatuhan berkenaan menimbulkan masalah yang mengait bukan sahaja individu-individu lain sekeliling pelakunya, akan tetapi mampu menggugatkan kestabilan dan kerukunan institusi kenegaraan secara menyeluruh.
Nafsu pula sememang- nya elemen yang sukar untuk dikawal. Hal yang sedemikian memerlukan kekuatan serta kekentalan mental juga emosi. Sebagai manusia, nafsu atau keinginan untuk memiliki segala apa yang boleh ‘menyenangkan’ dan ‘memuaskan’ kehendak hati cenderung untuk membuat seseorang sanggup melakukan apa sahaja, sama ada secara sah mahupun sebaliknya. Keinginan untuk memiliki kekayaan wang ringgit serta harta tanpa batas seperti Firaun, misalnya, berupa faktor desakan acapkali menjerumuskan manusia dalam kancah jenayah, penyelewe- ngan dan penyalahgunaan kuasa. Keinginan untuk mencapai satu tahap yang dilihat mampu mewujudkan tembok ‘kekebalan’ yang memerisai diri mereka daripada apa-apa juga bentuk tindakan perundangan. Keinginan yang menguntungkan diri sendiri, namun, ‘menyukarkan’ pihak-pihak lain. Pun malah, dalam situasi-situasi tertentu, mengakibatkan pihak berkenaan terbabit dalam kancah jenayah berat seperti rasuah.
Kisah Pandora yang gagal melawan desakan nafsu untuk mengetahui kandu- ngan yang diamanahkan hak penjagaan kepadanya se- hingga menebarkan unsur- unsur kejahatan, wajar dijadikan pedoman dan panduan dalam kehidupan. Benar kisah berkenaan berupa mitos zaman Yunani kuno, namun pengajaran dan falsafah yang tersirat dalam pengkisahannya ada kebaikannya. Begitu juga halnya dalam kebanyakan mitos-mitos lain, sama ada dari luar negara, mahupun dalam negara, terselit pengajaran yang berguna untuk digali dan difahami, dan malah dijadikan penduan dan pedoman.
Lantas, dalam sketsa yang berlaku dalam siasah negara membabitkan pendedahan ICIJ, siapakah Pandoranya?