PARIS: Paris: Usahawan teknologi kelahiran Rusia, Pavel Durov mengasaskan rangkaian sosial yang sangat popular, mata wang kripto, mengumpul kekayaan berbilion dolar dan mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa di negara asal dan di seluruh dunia.
Beberapa bulan sebelum ulang tahunnya yang ke-40, lelaki itu digelar ‘Rusia Zuckerberg’ selepas mengetuai aplikasi Telegram yang mempunyai lebih 900 juta pengguna di seluruh dunia.
Bagaimanapun, Durov, 39, yang berkongsi kebaikan mandi ais untuk kesihatan dan menjadi bapa kepada 100 anak melalui pendermaan sperma, disifatkan kontroversi kerana didakwa tidak mengambil langkah cukup untuk menghentikan penyebaran kandungan keterlaluan di Telegram.
Penahanannya di lapangan terbang Paris, hujung minggu lalu, menyaksikan dia kemudian didakwa oleh badan kehakiman Perancis pada Rabu lalu, dan dilarang meninggalkan negara itu.
Durov yang memperjuangkan kerahsiaan di internet dan kebebasan bersuara, dengan tegas menolak untuk membenarkan kawalan kandungan di Telegram.
Menurut Durov, matlamatnya dalam hidup “bukanlah untuk menjadi kaya tetapi bebas”. walaupun mengumpul kekayaan yang majalah Forbes anggarkan mencecah AS$15.5 bilion (kira-kira RM67 bilion).
Dia dilahirkan pada era Soviet dalam keluarga ahli akademik di Leningrad, Durov yang kini dikenali sebagai Saint Petersburg. Durov menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Itali, sebelum keluarganya kembali apabila Kesatuan Soviet, runtuh.
Ketika masih 20-an, dia mengasaskan rangkaian sosial VKontakte (VK) yang memenuhi keperluan pengguna bahasa Rusia dan mengalahkan FB di seluruh negara bekas Kesatuan Soviet itu.
Selepas pertikaian dengan pihak berkuasa Rusia dan isu pemilihan, dia menjual VKontakte dan mengasaskan Telegram bersama abangnya, Nikolai.
Dia meninggalkan di Rusia pada 2014, menjalani kehidupan nomad yang menyaksikan dia mengambil kerakyatan negara di Kepulauan Caribbean, Saint Kitts dan Nevis.
Durov kemudian menetap di Dubai, memutuskan ia menawarkan iklim perniagaan terbaik untuk membina Telegram, sebelum mendapat kerakyatan Emiriah Arab Bersatu.
Pada Ogos 2021, dia mendapat kewarganegaraan Perancis. – AFP
Gambar
Pavel Durov. Foto AFP