Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Siap siaga hadapi banjir
  • TEMPATAN

Siap siaga hadapi banjir

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia hari ini mengeluarkan ramalan awal banjir bagi Sarawak susulan amaran hujan berterusan (waspada) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut JPS, beberapa bahagian di Sarawak dijangka mengalami banjir dalam tempoh 18 hingga 20 Mac ini sekiranya hujan lebat berterusan. 

“Antara kawasan yang berisiko termasuk Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, dan Bintulu.  

“Kawasan-kawasan terjejas merangkumi daerah seperti Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Tebedu, Siburan, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Sri Aman, Betong, Saratok, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan beberapa lagi.  

“Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang terlibat dinasihatkan untuk berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambahnya, Agensi Pengurusan Bencana turut disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan penduduk.  

JPS akan terus memantau situasi semasa dan mengemas kini sebarang perkembangan berkaitan. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang rasmi di publicinfobanjir.water.gov.my atau melalui Facebook PublicInfoBanjir.

Continue Reading

Previous: Asnaf di Kabong terus dibantu
Next: Pelantikan Timbalan Menteri Utiliti disambut baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.