Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Siap siaga hadapi banjir
  • TEMPATAN

Siap siaga hadapi banjir

Utusan Sarawak 4 years ago
LAWATAN… Rubiah Wang ketika melakukan lawatan pemeriksaan dan juga cadangan penambahbaikan sistem saliran di Kampung Entingan dan juga Kampung Nangka, semalam.

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) diminta untuk mempersiapkan segala usaha bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir di Daerah Samarahan.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang ketika melakukan lawatan pemeriksaan dan juga cadangan penambahbaikan sistem saliran di Kampung Entingan dan juga Kampung Nangka, semalam.

“Saya minta pihak DID untuk melihat kembali bencana banjir yang berlaku pada Februari tahun ini yang berlaku dengan sangat cepat iaitu hanya melibatkan fenomena hujan lebat semalaman sahaja.

“Selain daripada menaik taraf sistem perparitan dan saliran di kampung, saya turut meminta supaya adanya satu mekanisme baharu dalam mengatasi masalah banjir.”

Tambah beliau, hal ini termasuklah memperkenalkan tasik takungan air hujan berpusat bagi memastikan limpahan air hujan dapat dialirkan di kawasan takungan tersebut sementara ianya mengalir ke kawasan sungai-sungai utama seperti Sungai Sabang dan Sungai Batang Samarahan.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh ketua Kampung Nangka, Minggu Julang dan kakitangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan.

Continue Reading

Previous: 16 bot nelayan kibar Jalur Gemilang
Next: IBIEC 2021 platform untuk pencipta, inovator

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.